Skip Ribbon Commands
Skip to main content
​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​
PENDAFTARAN DITUTUP​​​
PENDAFTARAN BAKAL-BAKAL PEGAWAI KADET LELAKI DAN WANITA
PENGAMBILAN KE 24 SIRI 02/2024
ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI 

Pendaftaran akan dibukakan bermula pada

​Hari Isnin, 03 June 2024 bermula jam 0730 pagi​​​

 HINGGA

Hari Khamis, 20 June 2024 jam 1630 petang.


TATACARA PENDAFTARAN ATAS TALIAN

Tatacara pendaftaran bagi Bakal Pegawai Kadet Pengambilan Ke-24 Siri 02/2024 Angkatan Bersenjata Diraja Brunei akan ​dilaksanakan seperti berikut:

1.  Pendaftaran dibukakan melalui atas talian (online) di laman sesawang http://www.mindef.gov.bn dan menekan di bahagian Career dan seterusnya menekan di bahagian Officer Recruitment.

2.   Pemohon dikehendaki untuk memuat turun borang pendaftaran dan mengisi dengan lengkap risalah dan menyertakan dokumen-dokumen yang disenaraikan di dalam borang tersebut.  BORANG PENDAFTARAN boleh dimuat turun "DI SINI​".

3.  Borang yang sudah lengkap diisi berserta dengan salinan elektronik (scanned copy) segala dokumen-dokumen dan sijil-sijil hendaklah dihantar ke email bahagian Proses Pengambilan Pegawai Kadet di RO.OCS@mindef.gov.bn dengan menggunakan email: @gmail.com, @hotmail.com dan @icloud.com.

4.   Pemohon akan dimaklumkan melalui email bagi pembahagian waktu dan tarikh untuk hadir ke Pejabat Pengambilan ABDB bagi proses seterusnya iaitu Pemeriksaan Ketinggian, Berat Badan dan Indeks Jisim Tubuh atau Body Mass Index (IJT/BMI).

5.   Pemohon hendaklah memberi MAKLUM BALAS melalui email setelah menerima jawapan daripada pihak Pejabat Pengambilan bagi pengemaskinian permohonan dan keberkesanan proses pengambilan.

6.    Jika pemohon lulus pemeriksaan yang tersebut di atas, tarikh untuk temujanji bagi proses seterusnya akan dimaklumkan kepada pemohon.​

------------------------------------------------------------------

Alamat Pejabat Pengambilan (pemohon akan dihubungi untuk hadir mengikut giliran):
Pejabat Pengambilan Jabatanarah Keanggotaan, Bolkiah Garison

( berdekatan dengan bangunan Pancaragam ABDB )

Pemohon-pemohon mestilah berumur diantara 18 tahun hingga 28 tahun dan bagi pemohon berstatus Professionally Qualified Officer (PQO) mestilah berumur diantara 18 tahun hingga 35 tahun.

Pemohon-pemohon mestilah membawa risalah-risalah seperti:

a.       Sijil Kelulusan Akademik Sekolah yang asal.

b.      Kad Pengenalan asal.

------------------------------------------------------------------


SYARAT-SYARAT KELAYAKAN DAN KEMASUKAN BAGI MENCEBURI KERJAYA TENTERA 

SEBAGAI BAKAL PEGAWAI KADET LELAKI DAN WANITA ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI

​Pemohon yang berminat untuk menceburkan diri dalam kerjaya tentera sebagai Bakal Pegawai Kadet mestilah memenuhi syarat-syarat dan kelayakan kemasukan yang telah ditetapkan seperti berikut:

​​​1.  Kategori.​     Terdiri daripada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang mempunyai Kad Pengenalan Pintar berwarna 'KUNING' ​sahaja dan terdiri daripada 2 kategori di bawah ini:

Kategori A
Kategori B
Terdiri dari salah satu daripada 7 puak jati Bangsa Melayu seperti berikut:

a)     Brunei

b)     Tutong

c)     Belait​

d)     Kedayan

e)     Dusun

f)      Murut

g)     Bisaya
​a) Mempunyai surat kuasa undang-undang negara bertulis mengenai dengan KERAKYATAN.

b) Pemohonan yang lahir di luar negara.

c) Bukan dari puak jati Bangsa Melayu (seperti di Kategori A).

d) Pemohon hendaklah berugama Islam serta menurut adat resam Melayu.

e) Pemohon hendaklah menghadapkan surat permohonan untuk masuk berkhidmat dengan ABDB berserta dengan risalah yang diperlukan.

​​​2.    Taraf Kelamin.
Lelaki
Wanita

Pemohon hendaklah berstatus bujang dan tidak pernah berkahwin.

Pemohon hendakla​h berstatus bujang, tidak pernah berkahwin, tidak pernah mengandung dan tidak pernah melahirkan anak.


3.  Umur.​​   Pemohon hendaklah berumur diantara 18 tahun hingga 28 tahun dan bagi pemohon Professionally Qualified Officer ( PQO - Doktor Perubatan, Doktor Pergigian, Peguam) mestilah berumur diantara 18 tahun hingga 35 tahun.

4.  Ketinggian Badan dan Indeks Jisim Tubuh.​   Sihat tubuh badan dan memenuhi syarat ketinggian dan Indeks Jisim Tubuh Badan seperti berikut:

Kelayakan​ (IJT)

Lelaki

Wanita

Ketinggian Badan Minima

160cm (5 kaki 3 inci)

152cm (5 kaki)

Indeks Jisim Tubuh (IJT) atau Body Mass Index (BMI)

​19 hingga 27 IJT / BMI​ 


5.  Kelayakan Akademik.​   Pemohon mestilah mempunyai kelayakan akademik minima Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau yang sebanding dengannya apa jua bidang yang diceburi. ​Manakala bagi pemohon berstatus Profesionally Qualified Officer (Doktor Perubatan, Doktor Pergigian, Peguam) hendaklah mempunyai minima sijil kelulusan dalam Sarjana Muda Kedoktoran atau Pergigian atau Peguam. Setiap kelulusan hendaklah mendapat pengiktifaran daripada Pihak Majlis Kebangsaan Pengiktirafan Kelulusan (MKPK) Negara Brunei Darussalam.​

6.  Tahap Kesihatan.    Pemohon dikehendaki untuk mengisi Borang Deklarasi Sejarah Kesihatan dan akan menjalani pemeriksaan kelayakan kesihatan sebelum mengikuti proses pemilihan awal. Pemohon hendaklah sihat, tidak cacat anggota dan tidak mempunyai masalah kesihatan seperti penyakit kronik, masalah pernafasan, masalah jantung, masalah mental serta bekas kecederaan teruk seperti patah pada bahagian tubuh badan dan sebagainya. Pemohon mempunyai tahap kesihatan gigi yang baik, tidak ada masalah pendengaran.

7.   Tapisan Keselamatan.   Setiap pemohon hendaklah bebas daripada sebarang kesalahan awam atau jenayah, tidak pernah disabit atau diadu, tidak pernah terlibat dengan mana-mana kesalahan yang melibatkan agensi luar seperti Pasukan Polis Diraja Brunei, Mahkamah Awam dan Syariah, Biro Kawalan Narkotik, Biro Mencegah Rasuah dan sebagainya. Setiap pemohon akan menjalani Tapisan Keselamatan (Security Vetting)​ dan Ujian Air Kencing (UAK) yang akan dikendalikan oleh pihak ABDB.


PROSES UJIAN/PEMILIHAN

FASA

UJIAN YANG DIJALANKAN


FASA PERTAMA


  1. ​​​Memenuhi syarat-syarat kemasukan dan kelayakan yang telah ditetapkan.

  2. Pemeriksaan Indeks Jisim Tubuh atau Body Mass Index (IJT/BMI).








FASA KEDUA

​ ​ ​ ​ ​ ​
​ ​ ​

UJIAN RENANG

​​Berenang sejauh 50 meter (Kuak Dada atau Kuak Bebas sahaja).

Nota: Calon yang gagal ujian renang tidak akan mengikuti proses seterusnya.

​​​​​




UJIAN KETAHANAN JASMANI ​ ​ ​ ​ ​ ​

Status​​

Ujian

Masa/Reps​​

Catitan



​Lelaki

​ ​


Larian 2.4 Km

Tidak boleh melebihi 12 minit 30 saat​




​​Mesti lulus semua ujian

Sit Up


Tidak boleh kurang dari 40 reps​


Push Up


Wanita
​ ​

Larian 2.4 Km

Tidak boleh melebihi 14 minit 45 saat

Sit Up


Tidak boleh kurang dari 35 reps



Push Up

​​UJIAN BERTULIS

  1. ​​English Proficiency Test.

  2. Psychometric Test.

​​​Tapisan Keselamatan.

FASA KETIGA

  1. ​​​Pemeriksaan Pergigian.

  2. Pemeriksaan Kes​ihatan.

Nota: Disahkan oleh Pegawai Pergigian & Pegawai Perubatan ABDB.​ ​ ​ ​





FASA KEEMPAT

​​​Badan Penauliahan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei

  1. Temuduga Sindiket.

  2. Individual Presentation.

  3. Perbincangan Berkumpulan.

  4. Planning Exercise.

  5. Leaderless Exercise.

  6. Command and Task.

Nota:  Badan Penauliahan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (BP ABDB) merupakan satu badan yang bersidang dalam pemilihan Bakal Pegawai Kadet ABDB yang dijalankan dalam jangkamasa 4 hari ke 5 hari.

FASA KELIMA

​​​Badan Temuduga Akhir

Pemohon yang disokong semasa Badan Penauliahan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (BP ABDB) akan mengikuti Temuduga Akhir.

**NOTA : Proses Ujian/Pemilihan adalah tertakluk kepada sebarang perubahan.


PERINGATAN:

1.   Pemohon yang LULUS secara keseluruhannya dan yang telah DISOKONG PENUH oleh Badan Temuduga Angkatan Bersenjata Diraja Brunei akan diserahkan kepada Sekolah Pegawai Kadet, Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Kampung Tanah Jambu bagi mengikuti Latihan Kursus Pegawai Kadet selama 48 minggu.

2.   Perlu diingatkan bahawa pemohon yang LULUS secara keseluruhannya dan telah DISOKONG PENUH hendaklah mempunyai Indeks Jisim Tubuh atau ​Body Mass Index (IJT/BMI) pada lingkungan yang telah ditetapkan iaitu antara 19 hingga 27 sebelum tarikh melapor bagi mengikuti latihan dilaksanakan. Mana-mana pemohon yang tidak memenuhi kriteria ini sepertimana yang digariskan tidak akan dipertimbangkan untuk mengikuti latihan yang dipohonkan.


Untuk keterangan lanjut sila hubungi Pejabat Pengambilan ABDB pada waktu bekerja: 

Pejabat Pengambilan Jabatanarah Keanggotaan
Bolkiah Garison

( berdekatan dengan bangunan Pancaragam ABDB )

 Tel : 2386898