Skip Ribbon Commands
Skip to main content
print
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
​END OF COASTAL PATROL CRAFT SERVICE IN ROYAL BRUNEI NAVY

MUARA, Friday, 17 November 2017 - The Royal Brunei Navy (RBN) today decommissioned the KDB PERWIRA, the last of PERWIRA Class Coastal Patrol Craft (CPC) after 43 years in service with the navy. She was built by Vosper Thornycroft in the Republic of Singapore, along with her sister ships, PEMBURU & PENYERANG which were decommissioned last year and early this year respectively.

The decommissioning ceremony that was held at the RBN’s Naval Base was officiated by the guest of honour, First Admiral Pg Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pg Haji Muhammad, Commander of the RBN.

The event witnessed the lowering of the national flag, the ship’s ensign and her commissioning pennant, which were then presented to the Commander of Royal Brunei Navy. 

This ceremony marked the end of the sterling service and journey of the PERWIRA Class vessels which had been part of the earlier fleets of ships of the RBN in carrying out its role in protecting Brunei Darussalam’s maritime sovereignty. 

Throughout her service, KDB PERWIRA has made vital contributions to the roles of RBN and participated in operational deployments in the region, patrols and multilateral exercises with other navies. 

Present at the decommissioning ceremony were the RBN’s Executive Committee, officers and personnel.

The Deputy Minister of Defence, First Admiral (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit, was among those who has commanded KDB PERWIRA during his military career with the RBN.





PENGHORMATAN TERAKHIR BAGI KAPAL PERONDA PANTAI KDB PERWIRA

MUARA, Jumaat, 17 November 2017 - Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) pada hari ini telah mengadakan Upacara Penyahtauliahan kepada KDB PERWIRA, Kelas Kapal Peronda Pantai (KPP) setelah berkhidmat dengan tentera laut selama 43 tahun.

Kapal tersebut telah dibina oleh Vosper Thornycroft dari Republik Singapura bersama dengan kapal dalam kelas yang sama iaitu PEMBURU dan PENYERANG, yang telah manamatkan perkhidmatan mereka pada tahun lepas dan awal tahun ini.

Upacara Penyahtauliahan tersebut telah dilangsungkan di Pangkalan TLDB oleh Tetamu Kehormat majlis, Pemerintah TLDB, Laksamana Pertama Pg Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pg Haji Muhammad.

Upacara tersebut juga disaksikan dengan penurunan bendera Negara Brunei Darussalam, bendera Ensign TLDB dan juga bendera commissioning pennant yang kemudiannya diserahkan kepada Tetamu Kehormat.

Upacara tersebut menandakan berakhirnya perkhidmatan yang cemerlang dan perjalanan kapal Kelas PERWIRA yang telah menjadi sebahagian daripada armada kapal-kapal TLDB yang terdahulu dalam melaksanakan peranannya dalam melindungi kedaulatan maritim Negara Brunei Darussalam. 

Sepanjang perkhidmatannya, KDB PERWIRA telah memberikan sumbangan yang penting terhadap peranan-peranan TLDB, dan turut serta dalam operasi-operasi penghantaran di rantau ini, rondaan dan latihan pelbagai hala dengan angkatan-angkatan tentera laut lain.

Turut hadir di upacara penyahtauliahan tersebut ialah Badan Eksekutif TLDB, pegawai-pegawai serta anggota-anggota TLDB.

Timbalan Menteri Pertahanan, Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit, adalah antara mereka yang telah memerintahkan KDB PERWIRA semasa kerjaya tenteranya dengan TLDB.

Attachments