KADET TENTERA INSTITUT PENGAJIAN TINGGI BERAKSI DI PERLAWANAN MENEMBAK
BERAKAS GARISON, Jumaat 12 September 2014 – Pasukan Kadet Tentera Angkatan Bersenjata
Diraja Brunei (ABDB) telah mengendalikan Perlwanan Menembak bagi seramai
126 Ahli-Ahli Kadet Tentera Institut Pengajian Tinggi ABDB petang ini
bertempat di Padang Tembak ETR, Berakas Garison.
Perlawanan
menembak tahunan termasuk institut pengajian tinggi dari Universiti
Islam Sultan Sharif Ali, Universiti Brunei Darussalam, Institut
Teknologi Brunei and Brunei Politeknik.
Acara
pembukaan rasmi perlawanan menembak ini telah disempurnakan oleh
Pemangku Naib Canselor Profesor Madya Dr. Azman bin Ahmad. Diantara
jemputan khas termasuk Pendaftar Hal Ehwal Pelajar Universiti Brunei
Darussalam, Dekan Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Pengarah Insititut
Teknologi Brunei dan Pemangku Pengarah Politeknik Brunei.
Acara-acara
bagi Perlawanan Menembak bagi kadet tentera ini adalah ‘Repal Lelaki
dan Wanita’; kategori perseorangan dan berpasukan bagi jarak 100-200
meter dan ‘Menjatuhkan Piring Besi Lelaki dan Wanita’ bagi jarak 100
meter. Manakala Jemputan Khas beraksi dalam acara ‘Menjatuhkan Piring
Besi’ pada jarak 100 meter.
Acara
penutup telah disempurnakan oleh tetamu kehormat dimana beliau juga
bekesudian menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenang.
Perlawanan
menembak ini bertujuan untuk menguji kecekapan ahli-ahli Pasukan Kadet
Tentera menggunakan senjata serta mempraktikkak pelajaran senjata yang
telah dipelajari, seterusnya mencari juara untuk tahun 2014 ini.
Pada
masa yang sama acara ini adalah untuk memupuk semangat kerjasama serta
setiakawan dikalangan sesama ahli kadet tentera, terutama sekali
Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pendidikan.