Skip Ribbon Commands
Skip to main content
MINISTRY OF DEFENCE OFFICERS VISIT THE WAWASAN BRUNEI 2035 OFFICE


​​

​BOLKIAH GARRISON, Thursday, 30 October 2025 – 38 senior officers from the Ministry of Defence conducted a study visit to the Wawasan Brunei Office at the Prime Minister’s Office today. The visit, coordinated by the Office of Strategy Management, was led by Hajah Leny Mailinawati binti Haji Mayalin, Acting Director of Finance and Acquisition.

The visit aimed to provide a deeper understanding of the roles and functions of the Wawasan Brunei Office, and to strengthen the officers’ understanding of the nation’s strategic direction under Brunei Vision 2035. During this session, a briefing on Brunei Vision 2035 was delivered by Pengiran Khairil Bahriah binti Pengiran Haji Mohd Ali, Acting Director of Wawasan Brunei Office. Participants also received further insights on the implementation of the three (03) main blueprints under Brunei Vision 2035, namely the Manpower Blueprint, Social Blueprint, and Economic Blueprint.

Through this engagement, the officers acquired a deeper understanding of the importance of aligning the Ministry’s policies, strategies, and initiatives with the aspirations of Brunei Vision 2035. The visit also served to enhance strategic cooperation and professional networking between the Ministry of Defence and the Wawasan Brunei Office. This reflects the Ministry’s continuous commitment to supporting the nation’s aspirations towards building a dynamic, sustainable and resilient nation in line with Brunei Vision 2035.





LAWATAN PEGAWAI-PEGAWAI KEMENTERIAN PERTAHANAN KE PEJABAT WAWASAN BRUNEI


BOLKIAH GARISON, Khamis, 30 Oktober 2025 – Seramai 38 pegawai kanan dari Kementerian Pertahanan telah mengadakan lawatan ke Pejabat Wawasan Brunei, Jabatan Perdana Menteri hari ini. Lawatan yang diselaraskan oleh Pejabat Pengurusan Strategi ini telah diketuai oleh Hajah Leny Mailinawati binti Haji Mayalin, Pemangku Pengarah Kewangan dan Perolehan.

Lawatan ini antara lain bertujuan untuk memberikan pendedahan yang lebih mendalam mengenai peranan dan fungsi Pejabat Wawasan Brunei serta meningkatkan pemahaman terhadap hala tuju strategik negara yang digariskan di bawah Wawasan Brunei 2035. Pada sesi ini, taklimat Wawasan Brunei 2035 telah disampaikan oleh Pengiran Khairil Bahriah binti Pengiran Haji Mohd Ali, Pemangku Pengarah Pejabat Wawasan Brunei. Peserta turut diberikan penerangan mengenai pelaksanaan tiga (03) blueprint utama Wawasan Brunei 2035, iaitu Manpower Blueprint, Social Blueprint, dan Economic Blueprint.

Melalui sesi ini, para peserta telah dapat memperkukuh pemahaman mengenai kepentingan pensejajaran dasar, strategi dan inisiatif Kementerian dengan aspirasi Wawasan Brunei 2035. Lawatan ini juga menjadi wadah untuk memperkukuhkan kerjasama strategik dan jaringan profesional antara Kementerian Pertahanan dan Pejabat Wawasan Brunei. Ini mencerminkan komitmen berterusan Kementerian dalam menyokong aspirasi negara ke arah sebuah negara yang dinamik, mampan dan berdaya tahan selaras dengan Wawasan Brunei 2035.​


Attachments