
BOLKIAH GARRISON, Thursday, 30 October 2025
– The 31st
iteration of Cooperation Afloat Readiness and Training 2025 (CARAT 31/2025) Exercise between the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) and the United States Navy (USN) concluded today with a Closing Ceremony held at the Wira Seni Concert Hall, RBAF Band Building, Bolkiah Garrison.
The eight-day programme, conducted from 23
to 30
October 2025, marks another significant milestone in strengthening the long-standing defence cooperation between the two armed forces.
During the ceremony, Yang Mulia Colonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Joint Force Commander RBAF and Commander Andrew J. Recame, Commanding Officer, USS Cincinnati, delivered their closing remarks. In their remarks, both highlighted the importance of maintaining strong and enduring defence partnership between Brunei Darussalam and the United States of America. The Joint Force Commander RBAF further emphasized that the exercise supports Brunei Darussalam’s defence strategic priorities as outlined in the Defence White Paper 2021 and Brunei Vision 2035, while reflecting shared values of cooperation, mutual respect and a common commitment by both nations towards regional security and stability.
Also in attendance to witness the ceremony was Her Excellency Ambassador Caryn R. McClelland, Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary of the United States of America to Brunei Darussalam, along with officers and participants from both armed forces.
The CARAT 31/2025 Exercise has successfully featured a diverse range of activities, including Subject Matter Expert Exchanges, joint operational trainings, and community outreach initiatives. The successful conduct of this exercise once again underscores the shared commitment of the RBAF and USN to enhancing maritime security capabilities, strengthening defence cooperation and regional stability.








MAJLIS PENUTUP EKSESAIS COOPERATION AFLOAT READINESS AND TRAINING (CARAT) 2025 KE-31
BOLKIAH GARISON, Khamis, 30 Oktober 2025 – Eksesais
Cooperation Afloat Readiness and Training 2025 ke-31
(CARAT 31/2025) di antara Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan Tentera Laut Amerika Syarikat (TLAS) telah melabuh tirainya hari ini dengan Majlis Penutup yang berlangsung di Dewan Konsert Wira Seni, Bangunan Pancaragam ABDB, Bolkiah Garison.
Program selama lapan hari yang bermula pada 23 hingga 30 Oktober 2025 ini menandakan satu lagi pencapaian penting dalam memperkukuhkan hubungan kerjasama pertahanan dua hala yang telah lama terjalin diantara kedua-dua angkatan tentera.
Semasa majlis tersebut, ucapan penutup telah disampaikan oleh Yang Mulia Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Pemerintah Angkatan Bersama ABDB dan
Commander Andrew J. Recame,
Commanding Officer, USS Cincinnati. Dalam ucapan mereka, kedua-duanya menekankan kepentingan hubungan pertahanan yang kukuh dan berterusan di antara Negara Brunei Darussalam dan Amerika Syarikat. Pemerintah Angkatan Bersama ABDB turut menyatakan bahawa latihan ini menyokong keutamaan strategik pertahanan Negara Brunei Darussalam seperti yang digariskan dalam Kertas Putih Pertahanan 2021 dan Wawasan Brunei 2035, di samping mencerminkan semangat kerjasama dan komitmen kedua-dua pihak terhadap keselamatan serta kestabilan serantau.
Turut hadir menyaksikan majlis tersebut adalah Puan Yang Terutama Caryn R. McClelland, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Amerika Syarikat ke Negara Brunei Darussalam, serta para pegawai dan peserta dari kedua-dua angkatan tentera.
Eksesais
CARAT 31/2025 ini telah berjaya melaksanakan pelbagai aktiviti yang merangkumi
Subject Matter Expert Exchanges, latihan operasi bersama, serta program khidmat kemasyarakatan. Kejayaan penganjuran latihan ini sekali lagi membuktikan komitmen bersama ABDB dan TLAS dalam usaha mempertingkatkan keselamatan maritim dan memperkukuh kestabilan serta kerjasama pertahanan di rantau ini.