Skip Ribbon Commands
Skip to main content
THE NATIONAL FLAG HANDOVER CEREMONY AND PRESENTATION OF BADGES FOR THE ROYAL BRUNEI ARMED FORCES (RBAF) CONTINGENT PARTICIPATING IN THE UNITED NATIONS INTERIM FORCE IN LEBANON (UNIFIL) PEACEKEEPING MISSION



RIMBA AIR FORCE BASE, Thursday, 30 October 2025 – The National Flag Handover Ceremony for the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Contingent participating in the Malaysian Battalion 850-13 (MALBATT 850-13) under the United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL) peacekeeping mission was held this morning at the Air Movement Centre, Rimba Air Force Base. A total of 21 RBAF personnel will be participating in the mission.


Present at the ceremony were Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the RBAF and His Excellency Datuk Mohd Aini bin Atan, High Commissioner of Malaysia to Brunei Darussalam.


Also in attendance were Members of the RBAF Executive Committee, Deputy Director of the Department of International Organisations, Ministry of Foreign Affairs, Defence Adviser of Malaysia to Brunei Darussalam, Senior Officers and personnel from the Ministry of Defence, as well as family members of the personnel participating in the peacekeeping mission.


The ceremony commenced with the handing over of the National Flag by the Commander of the RBAF to Major Mohammad Ihya’uddin bin Haji Ishak, Head of the RBAF Contingent for MALBATT 850-13, symbolising the trust and responsibility bestowed upon the personnel representing the nation. This was followed by the presentation of badges to the Officers and members of the contingent, marking the official recognition of their participation in the mission.


The ceremony then continued with the recitation of Doa Selamat, led by Yang Mulia Lieutenant Colonel Abdul Mujib bin Haji Japar, Acting Director of the RBAF Religious Directorate (JAMA’AT), and concluded with a group photo session.


Following the ceremony, the contingent departed for Malaysia aboard the Royal Brunei Air Force C295MW aircraft before continuing their journey to Lebanon from Kuala Lumpur starting 5 November 2025, according to the sortie schedule.


Since its inaugural participation in 2008, the RBAF has played an active role in the UNIFIL peacekeeping mission, reflecting Brunei Darussalam’s steadfast commitment to the United Nations’ three fundamental pillars — Peace and Security, Human Rights, and Development. The continued participation of the RBAF underscores its enduring dedication to contributing towards regional and international peace and stability, while reaffirming its role in supporting global peacekeeping and security efforts.












UPACARA PENYERAHAN BENDERA KEBANGSAAN DAN PEMASANGAN LENCANA BAGI KONTINJEN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI (ABDB) YANG MENYERTAI MISI PENGAMAN PASUKAN INTERIM PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU DI LUBNAN (UNIFIL)


PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Khamis, 30 Oktober 2025 – Upacara Penyerahan Bendera Kebangsaan bagi Kontinjen Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang akan menyertai Malaysian Battalion 850-13 (MALBATT 850-13) dalam misi pengaman Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) telah berlangsung pada pagi ini di Pusat Pergerakan Udara, Pangkalan Tentera Udara Rimba. Seramai 21 anggota ABDB akan menyertai misi pada kali ini.


Hadir pada upacara tersebut ialah Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB dan Tuan Yang Terutama Datuk Mohd Aini bin Atan, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam.


Turut hadir ialah Ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif ABDB, Timbalan Pengarah Jabatan Pertubuhan Antarabangsa, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Penasihat Pertahanan Malaysia ke Negara Brunei Darussalam, Pegawai-pegawai Kanan dan anggota-anggota Kementerian Pertahanan, serta ahli keluarga para anggota yang bakal menyertai misi pengaman berkenaan.


Upacara dimulakan dengan penyerahan Bendera Kebangsaan oleh Pemerintah ABDB kepada Mejar Mohd Ihya’uddin bin Haji Ishak, Ketua Kontinjen ABDB bagi MALBATT 850-13, yang melambangkan amanah dan tanggungjawab negara yang bakal dipikul oleh para anggota misi. Upacara seterusnya diikuti dengan pemasangan lencana kepada Pegawai-pegawai dan ahli-ahli kontinjen, sebagai simbol pengiktirafan rasmi penyertaan mereka dalam misi tersebut.


Upacara kemudiannya diteruskan dengan bacaan Doa Selamat yang dipimpin oleh Yang Mulia Leftenan Kolonel Abdul Mujib bin Haji Japar, Pemangku Pengarah Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT), sebelum diakhiri dengan sesi bergambar ramai.


Sejurus selesai upacara, kontinjen telah berlepas ke Malaysia menggunakan pesawat C295MW Tentera Udara Diraja Brunei, sebelum meneruskan perjalanan ke Lubnan dari Kuala Lumpur bermula 5 November 2025 mengikut jadual penerbangan yang telah ditetapkan.


Sejak penyertaan sulungnya pada tahun 2008, ABDB telah memainkan peranan aktif dalam misi pengaman UNIFIL, yang mencerminkan komitmen teguh Negara Brunei Darussalam terhadap tiga teras utama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu iaitu Keamanan dan Keselamatan, Hak Asasi Manusia serta Pembangunan. Penyertaan ABDB yang konsisten ini menzahirkan iltizamnya untuk terus menyumbang kepada keamanan dan kestabilan di peringkat serantau dan antarabangsa, di samping menegaskan peranan ABDB dalam menyokong usaha-usaha keamanan dan keselamatan sejagat.


Attachments