BOLKIAH GARRISON, Tuesday, 29 October 2024 – Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) received an introductory call from Commodore Javed Iqbal Khan Niazi, the Non-Resident Defence Adviser of the Islamic Republic of Pakistan accredited to Brunei Darussalam. Also present were Chief of Staff RBAF and Acting Director of Intelligence.
During the call, the RBAF Commander welcomed Commodore Javed Iqbal Khan Niazi to the Ministry of Defence. He conveyed appreciation and optimism for the strengthening of defence relations between Brunei Darussalam and the Islamic Republic of Pakistan through military training, exercises, and exchange visits. Both sides expressed satisfaction with the current defence ties and look forward to further strengthening collaboration in areas of mutual benefit.
Commodore Javed Iqbal Khan Niazi has been appointed as the Defense Adviser of the Islamic Republic of Pakistan in Malaysia accredited to Brunei Darussalam since 16 October 2024.
PEMERINTAH ABDB MENERIMA KUNJUNGAN PENGENALAN DARIPADA PENASIHAT PERTAHANAN TIDAK MENETAP REPUBLIK ISLAM PAKISTAN YANG DIAKREDITASIKAN KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
BOLKIAH GARISON, Selasa, 29 Oktober 2024 – Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), telah menerima kunjungan pengenalan daripada Komodor Javed Iqbal Khan Niazi, Penasihat Pertahanan Tidak Menetap Republik Islam Pakistan yang diakreditasikan ke Negara Brunei Darussalam. Turut hadir adalah Ketua Staf ABDB dan Pemangku Pengarah Perisikan.
Semasa kunjungan tersebut, Pemerintah ABDB mengalu-alukan kedatangan Komodor Javed Iqbal Khan Niazi ke Kementerian Pertahanan. Beliau menyampaikan rasa penghargaan dan keyakinan terhadap pengukuhan hubungan pertahanan di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Islam Pakistan melalui latihan ketenteraan, eksesais, dan lawatan pertukaran. Kedua-dua pihak turut melahirkan rasa puas hati terhadap ikatan pertahanan yang sedia ada dan berharap untuk terus mengukuhkan kerjasama dalam bidang yang mempunyai manfaat bersama.
Komodor Javed Iqbal Khan Niazi telah dilantik sebagai Penasihat Pertahanan Republik Islam Pakistan di Malaysia yang diakreditasikan ke Negara Brunei Darussalam sejak 16 Oktober 2024.