Skip Ribbon Commands
Skip to main content
PERMANENT SECRETARY (POLICY, FINANCE AND ADMINISTRATION) CONDUCTS INTRODUCTORY VISIT TO REPUBLIC OF SINGAPORE AND CO-CHAIRS 9th BRUNEI DARUSSALAM–REPUBLIC OF SINGAPORE DEFENCE POLICY DIALOGUE


​REPUBLIC OF SINGAPORE, Wednesday, 7 December 2022 – Yang Mulia Colonel (Retired) Norsuriati binti Haji Sharbini, Permanent Secretary (Policy, Finance and Administration), Ministry of Defence Brunei Darussalam made an introductory visit to the Republic of Singapore from 4 to 7 December 2022.

During the introductory visit, Yang Mulia Colonel (Retired) Norsuriati binti Haji Sharbini paid a courtesy call to His Excellency Zaqy Mohammad, Senior Minister of State for Defence and Manpower, Republic of Singapore. During the call, both sides expressed satisfaction on the excellent relationship between Brunei Darussalam and the Republic of Singapore and looked forward to more collaborative defence and military activities between the two countries.

Yang Mulia Colonel (Retired) Norsuriati binti Haji Sharbini and His Excellency Chan Heng Kee, Permanent Secretary (Defence), Ministry of Defence, Republic of Singapore co-chaired the 9th Brunei Darussalam–Republic of Singapore Defence Policy Dialogue. In the meeting, both sides reaffirmed the special and long-standing bilateral defence ties between Brunei Darussalam and Republic of Singapore. Both co-chairs reiterated their commitment in furthering bilateral defence cooperation, shared views on a wide range of regional security issues, discussed on new initiatives and areas to broaden defence engagements and collaboration intended to further strengthen relationship between both defence institutions. Both co-chairs also discussed cooperation within the ASEAN Defence Ministers’ Meeting (ADMM) platform.

As part of this visit, Yang Mulia Colonel (Retired) Norsuriati binti Haji Sharbini and delegation also visited S. Rajaratnam School of International Studies (RSIS), Sembawang Air Base and Combat Service and Support Command (CSSCOM) at Kranji Camp III.

The longstanding defence relations between Brunei Darussalam and Singapore is one of the key pillars of broader bilateral relationship between the two countries.





SETIAUSAHA TETAP (DASAR, KEWANGAN DAN PENTADBIRAN) MENJALANKAN LAWATAN PENGENALAN KE REPUBLIK SINGAPURA DAN MEMPENGERUSI BERSAMA BRUNEI DARUSSALAM–REPUBLIK SINGAPURA DIALOG DASAR PERTAHANAN KE-9

REPUBLIK SINGAPURA, Rabu, 7 Disember 2022 – Yang Mulia Kolonel (Bersara) Norsuriati binti Haji Sharbini, Setiausaha Tetap (Dasar, Kewangan dan Pentadbiran), Kementerian Pertahanan Negara Brunei Darussalam telah membuat lawatan pengenalan ke Republik Singapura dari 4 hingga 7 Disember 2022.

Semasa lawatan pengenalan itu, Yang Mulia Kolonel (Bersara) Norsuriati binti Haji Sharbini telah membuat kunjungan hormat kepada Tuan Yang Terutama Zaqy Mohammad, Menteri Kanan Negara bagi Pertahanan dan Tenaga Manusia, Republik Singapura. Semasa kunjungan hormat tersebut, kedua-dua pihak menyatakan rasa puas hati terhadap hubungan yang sangat baik antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura dan mengharapkan lebih banyak aktiviti kerjasama pertahanan dan ketenteraan antara kedua-dua negara.

Yang Mulia Kolonel (Bersara) Norsuriati binti Haji Sharbini dan Tuan Yang Terutama Chan Heng Kee, Setiausaha Tetap (Pertahanan), Kementerian Pertahanan, Republik Singapura mempengerusikan bersama Dialog Dasar Pertahanan Negara Brunei Darussalam–Republik Singapura ke-9. Dalam pertemuan itu, kedua-dua pihak mengesahkan hubungan pertahanan dua hala yang istimewa dan lama terjalin antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura. Kedua-dua pengerusi bersama mengulangi komitmen dalam memajukan kerjasama pertahanan dua hala, berkongsi pandangan mengenai pelbagai isu keselamatan serantau dan membincangkan inisiatif dan bidang baharu untuk diterokai dalam meluaskan kerjasama pertahanan bertujuan untuk mengukuhkan lagi hubungan pertahanan kedua-dua institusi pertahanan. Pengerusi bersama turut membincangkan kerjasama dalam platform Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM).

Sebagai sebahagian daripada lawatan ini, Yang Mulia Kolonel (Bersara) Norsuriati binti Haji Sharbini dan delegasi turut mengadakan lawatan ke S. Rajaratnam School of International Studies (RSIS), Pangkalan Udara Sembawang dan Komandan Perkhidmatan dan Sokongan Tempur (CSSCOM) di Kranji III.

Hubungan pertahanan yang terjalin lama antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura merupakan salah satu tonggak utama hubungan dua hala yang antara kedua-dua negara.​


Attachments