Skip Ribbon Commands
Skip to main content
COMMANDER OF ROYAL BRUNEI ARMED FORCES INTRODUCTORY VISIT TO THE REPUBLIC OF INDONESIA


JAKARTA, Monday, 05 December 2022 – Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander Royal Brunei Armed Forces (RBAF), made an introductory visit to the Republic of Indonesia from 04 to 07 December 2022. Accompanying Commander RBAF was Lieutenant Colonel Mohd Roasri Erwan bin Haji Tasrif, Acting Chief of Staff RBAF. 

Upon arrival at Tentara Nasional Indonesia (TNI) Headquarters, the Commander RBAF participated in a wreath-laying ceremony at the Monumen Perjuangan Mempertahankan Negara Kesatuan Republik Indonesia (NKRI) and received the Honourary Salute as well as inspected the Guard of Honour. This proceeded with courtesy calls to His Excellency Lieutenant General (Purnama) Muhammad Herindra, Deputy Minister of Defence, Republic of Indonesia and His Excellency General Dato Paduka Seri Andika Perkasa, Chief of Defence Force of Indonesia. During the calls, both sides reiterated their mutual commitment to strengthen their close bilateral defence ties further and enhance opportunities, both bilaterally and multilaterally, in areas of mutual interest while contributing to the peace and stability of the region. 

The visit proceeded with an official luncheon hosted by the Chief of Defence Force of Indonesia, which was also attended by key senior officers of TNI, where the Commander RBAF presented a donation of BND$2,000 from the RBAF Welfare Fund to TNI for the victims affected by the Cianjur earthquake disaster. Commander RBAF also visited Istiqlal Mosque Jakarta and the Special Forces Command (Kopassus) as part of the visit program. 

The introductory visit underscores the excellent and long-standing defence relationship between the RBAF and TNI. Brunei Darussalam established diplomatic relations with the Republic of Indonesia on 01 January 1984 and interacts regularly through various cooperation platforms, including high-level visits, bilateral and multilateral exercises, professional exchanges, and training and courses, resulting in their close professional relationships and camaraderie. 







LAWATAN PENGENALAN PEMERINTAH ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI KE REPUBLIK INDONESIA

JAKARTA, Isnin, 05 Disember 2022 – Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah mengadakan lawatan pengenalan ke Republik Indonesia dari 04 hingga 07 Disember 2022. Turut mengiringi Pemerintah ABDB ialah Leftenan Kolonel Mohd Roasri Erwan bin Haji Tasrif, Pemangku Ketua Staf ABDB. 

Sejurus ketibaan di Markas Besar Tentara Nasional Indonesia (TNI), Pemerintah ABDB mengambil bahagian dalam upacara wreath–laying di Monumen Perjuangan Mempertahankan Negara Kesatuan Republik Indonesia (NKRI) dan seterusnya menerima Tabik Hormat dan memeriksa Kawalan Kehormatan. Ini diikuti dengan kunjungan hormat kepada Yang Terhormat Letnan Jenderal (Purnama) Muhammad Herindra, Wakil Menteri Pertahanan Republik Indonesia dan Yang Terhormat Jenderal TNI Dato Paduka Seri Andika Perkasa, Panglima TNI. Semasa perjumpaan tersebut, kedua belah pihak mengulangi komitmen bersama untuk memperkukuhkan hubungan pertahanan dua hala dan meningkatkan peluang, dua hala dan pelbagai hala, dalam bidang kepentingan bersama sambil menyumbang ke arah keamanan dan kestabilan serantau. 

Lawatan diteruskan dengan majlis makan tengahari rasmi yang dihoskan oleh Panglima TNI dan dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan utama TNI di mana Pemerintah ABDB menyerahkan sumbangan derma berjumlah BND$2,000 daripada Tabung Kebajikan ABDB kepada TNI untuk masyarakat yang terjejas oleh bencana gempa bumi di Cianjur. Sebagai sebahagian daripada program lawatan tersebut, Pemerintah ABDB juga telah membuat kunjungan ke Masjid Istiqlal Jakarta dan Pasukan Korps Pasukan Khusus (Kopassus).

Lawatan pengenalan Pemerintah ABDB ini mencerminkan hubungan pertahanan yang sangat baik dan erat di antara ABDB dan TNI. Negara Brunei Darussalam menubuhkan hubungan pertahanan dua hala bersama Republik Indonesia pada 01 Januari 1984 dan berinteraksi secara kerap melalui pelbagai platform kerjasama termasuk kunjungan rasmi, eksesais dua hala dan pelbagai hala, pertukaran profesional, serta latihan dan kursus, yang merapatkan lagi hubungan profesional dan setiakawan di antara kedua buah angkatan tentera.



Attachments