Skip Ribbon Commands
Skip to main content
COMMANDER-IN-CHIEF OF THE ROYAL CAMBODIAN ARMED FORCES OFFICIAL VISIT TO BRUNEI DARUSSALAM

BOLKIAH GARRISON, Thursday, 29 September 2022 – The Ministry of Defence received an official visit from His Excellency General Vong Pisen, Commander-in-Chief of the Royal Cambodian Armed Forces who is in Brunei Darussalam from 28 to 30 September 2022.


Upon arrival at Bolkiah Garrison, His Excellency General Vong Pisen was greeted by Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander Royal Brunei Armed Forces (RBAF), and subsequently proceeded with the inspection of a Guard of Honour comprising personnel from the Royal Brunei Land Force (RBLF).


In the afternoon, His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam consented to receive in audience from His Excellency General Vong Pisen, at Istana Nurul Iman.


Earlier, His Excellency General Vong Pisen had the opportunity to call on Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir, Deputy Minister of Defence, and Commander RBAF. During the calls, both sides reaffirmed their commitments to continue strengthening their bilateral defence and military relations, towards contributing to the peace and stability of the region. 


Brunei Darussalam and the Kingdom of Cambodia have enjoyed a warm and friendly diplomatic relationship since 1992. This year marks the 30th Anniversary of the establishment of Brunei Darussalam-Kingdom of Cambodia diplomatic relations. The defence bilateral relationship has grown steadfastly from engagements in the form of visits, defence and military meetings, trainings and courses. 







LAWATAN RASMI DARIPADA COMMANDER-IN-CHIEF OF THE ROYAL CAMBODIAN ARMED FORCES KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM


BOLKIAH GARISON, Khamis, 29 September 2022 – Kementerian Pertahanan menerima lawatan rasmi daripada Tuan Yang Terutama Jeneral Vong Pisen, Commander-In-Chief of the Royal Cambodian Armed Forces yang mengadakan lawatan ke Negara Brunei Darussalam dari 28 hingga 30 September 2022.  


Sejurus tiba di Bolkiah Garison, Tuan Yang Terutama Jeneral Vong Pisen disambut oleh Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), dan diikuti dengan memeriksa Kawalan Kehormatan yang terdiri daripada anggota-anggota Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB).


Pada sebelah petang, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, berkenan menerima mengadap Tuan Yang Terutama Jeneral Vong Pisen, di Istana Nurul Iman. 


Terdahulu, Tuan Yang Terutama Jeneral Vong Pisen berkesempatan mengadakan kunjungan hormat kepada Yang Mulia Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir, Timbalan Menteri Pertahanan, dan Pemerintah ABDB. Semasa perjumpaan tersebut, kedua-dua belah pihak telah mengulangi komitmen bersama untuk terus memperkukuhkan hubungan pertahanan dan ketenteraan dua-hala dalam menyumbang kepada keamanan dan kestabilan serantau. 


Negara Brunei Darussalam dan Kerajaan Kemboja mempunyai hubungan diplomatik yang baik dan mesra yang telah dimeterai pada tahun 1992. Tahun ini merupakan Ulang Tahun ke-30 penubuhan hubungan diplomatik di antara Negara Brunei Darussalam dan Kerajaan Kemboja. Perhubungan pertahanan dua hala telah berkembang dengan pelbagai penglibatan yang merangkumi lawatan, mesyuarat pertahanan dan ketenteraan, latihan dan kursus.

Attachments