Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
RBAF COMMANDER RECEIVES A FAREWELL CALL FROM THE HIGH COMMISSIONER OF THE REPUBLIC OF INDIA TO BRUNEI DARUSSALAM


BOLKIAH GARRISON, Monday, 17 January 2022 - Major General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), received a farewell call from His Excellency Ajaneesh Kumar, High Commissioner of the Republic of India to Brunei Darussalam. Also in attendance were the Chief of Staff RBAF and Director of Intelligence.

 

During the call, both sides acknowledged the continued progression of the bilateral defence relationship between the RBAF and the Indian Armed Forces through the exchanges of high-level visits and various other military interactions, mainly in courses and training. The Commander of the RBAF took the opportunity to express his deepest condolences to His Excellency on the recent helicopter crash incident involving the loss of India’s first Chief of Defence Staff, who was also a former RBAF Command and Staff Course graduate.


The Commander of RBAF then expressed his gratitude for His Excellency’s noble service as the High Commissioner of the Republic of India to Brunei Darussalam and wished him the best of luck in his future endeavours.


His Excellency Ajaneesh Kumar was appointed as the High Commissioner of the Republic of India to Brunei Darussalam since January 2019.





 

PEMERINTAH ABDB TERIMA KUNJUNGAN PERPISAHAN DARIPADA DUTA BESAR REPUBLIK INDIA KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

 

BOLKIAH GARISON, Isnin, 17 Januari 2022 – Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah menerima kunjungan perpisahan daripada Tuan Yang Terutama Ajaneesh Kumar, Pesuruhjaya Tinggi Republik India ke Negara Brunei Darussalam. Turut hadir adalah Ketua Staf ABDB dan Pengarah Perisik.

 

Semasa kunjungan tersebut, kedua-dua pihak mengakui perkembangan dua hala yang berterusan di antara ABDB dengan Angkatan Bersenjata India melalui pertukaran lawatan di peringkat tinggi dan pelbagai interaksi ketenteraan lain terutamanya dalam bentuk kursus dan latihan. Pemerintah ABDB turut mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan takziah kepada Tuan Yang Terutama di atas kejadian helikopter terhempas baru-baru ini yang melibatkan kehilangan Ketua Turus Pertahanan pertama India yang juga merupakan bekas peserta kursus Maktab Turus ABDB.

 

Pemerintah ABDB kemudiannya merakamkan ucapan terima kasih di atas jasa murni Tuan Yang Terutama sebagai Pesuruhjaya Tinggi Republik India ke Negara Brunei Darussalam dan mengucapkan semoga maju jaya kepada Tuan Yang Terutama pada masa hadapan.

 

Tuan Yang Terutama Ajaneesh Kumar telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Republik India ke Negara Brunei Darussalam sejak bulan Januari 2019.


Attachments