Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
MINISTER OF DEFENCE II RECEIVES JOINT CALL FROM OUTGOING AND INCOMING DEFENCE ADVISERS OF THE REPUBLIC OF SINGAPORE TO BRUNEI DARUSSALAM


BOLKIAH GARRISON, Monday, 10 January 2022 - Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister of Defence II received Colonel Yeo Joon Hua Desmond, the outgoing Defence Adviser of the Republic of Singapore to Brunei Darussalam, and Colonel Peter Chee, the incoming Defence Adviser of the Republic of Singapore to Brunei Darussalam for a joint call today.


During the call, Yang Berhormat Minister of Defence II expressed his appreciation to Colonel Desmond Yeo for his continued support and commitment throughout his tenure as Defence Adviser of the Republic of Singapore to Brunei Darussalam since November 2017. Colonel Desmond Yeo then expressed his warm appreciation towards the Ministry of Defence Brunei Darussalam and the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) for the support to the Republic of Singapore Armed Forces (RSAF) in enhancing the close bilateral defence relations between the two countries.  


Yang Berhormat Minister of Defence II took the opportunity to congratulate Colonel Peter Chee, the new Defence Adviser of the Republic of Singapore to Brunei Darussalam who will assume the post on 12 January 2022. The two sides hope that both countries will work together to continue building upon the excellent defence relations between Brunei Darussalam and the Republic of Singapore.


The longstanding and special defence relationship between Brunei Darussalam and the Republic of Singapore continue to be fostered through various fields of cooperation in particular, regular exchange of visits, dialogues, meetings, bilateral exercises, trainings, cross-attendance courses, professional exchanges, exhibitions and other programmes.






MENTERI PERTAHANAN KEDUA MENERIMA KUNJUNGAN PERPISAHAN DAN PENGENALAN DARIPADA PENASIHAT-PENASIHAT PERTAHANAN REPUBLIK SINGAPURA KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM


Bolkiah Garison, Isnin, 10 Januari 2022 - Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua telah menerima Kunjungan Perpisahan daripada Kolonel Yeo Joon Hua Desmond, mantan Penasihat Pertahanan Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam dan Kunjungan Pengenalan daripada Kolonel Peter Chee, Penasihat Pertahanan Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam yang baharu pada hari ini.


Semasa kunjungan tersebut, Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua menyampaikan ucapan penghargaan kepada Kolonel Desmond Yeo atas sokongan dan komitmen berterusan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau sebagai Penasihat Pertahanan Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam semenjak November 2017. Kolonel Desmond Yeo turut merakamkan penghargaan kepada Kementerian Pertahanan Negara Brunei Darussalam dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) atas sokongan dan kerjasama yang diberikan kepada Angkatan Bersenjata Republik Singapura dalam mempereratkan hubungan baik pertahanan dua hala antara kedua-dua buah negara.

 

Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua turut menyampaikan ucapan tahniah kepada Kolonel Peter Chee, Penasihat Pertahanan yang baharu yang akan bermula berkhidmat beliau pada 12 Januari 2022. Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua seterusnya menyuarakan harapan agar kedua-dua buah negara akan terus bekerjasama untuk mengukuhkan lagi hubungan pertahanan baik antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura.


Hubungan pertahanan istimewa yang telah sekian lama terjalin dan antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura sentiasa diperkukuhkan melalui kerjasama pelbagai bidang khususnya pertukaran lawatan, dialog, mesyuarat, latihan dua hala, latihan, kursus, pertukaran profesional, pameran dan program-program lain.


Attachments