Skip Ribbon Commands
Skip to main content
RBAF COMMANDER RECEIVES AN INTRODUCTORY CALL FROM THE MALAYSIAN HIGH COMMISSIONER TO BRUNEI DARUSSALAM

BOLKIAH GARRISON, Monday, 22 November 2021 - Major General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) received an introductory call from His Excellency Dato’ Raja Reza bin Raja Zaib Shah, Malaysian High Commissioner to Brunei Darussalam today.


Also in attendance at the call was the Chief of Staff RBAF and Director of Intelligence.

During the call, Commander RBAF congratulated His Excellency on his appointment as the new Malaysian High Commissioner to the country and expressed his appreciation for the close bilateral relationship between Brunei Darussalam and Malaysia. Both sides also hoped that the existing relationship would continue to flourish in various fields particularly for both armed forces. The Commander RBAF then wished His Excellency all the best for his tenure in Brunei Darussalam.

His Excellency Dato’ Raja Reza bin Raja Zaib Shah presented his Letter of Credence to His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam on 11 October 2021 as the 16th Malaysian High Commissioner to Brunei Darussalam.




PEMERINTAH ABDB TERIMA KUNJUNGAN PENGENALAN DARIPADA PESURUHJAYA TINGGI MALAYSIA KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

BOLKIAH GARISON, Isnin, 22 November 2021 – Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) menerima kunjungan pengenalan daripada Tuan Yang Terutama Dato’ Raja Reza bin Raja Zaib Shah, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam pada hari ini. 

Turut hadir semasa kunjungan hormat tersebut adalah Ketua Staf ABDB dan Pengarah Perisikan.

Semasa kunjungan tersebut, Pemerintah ABDB mengucapkan tahniah di atas perlantikan Tuan Yang Terutama sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia yang baru ke negara ini dan mengungkapkan rasa penghargaan di atas hubungan dua hala yang sangat rapat di antara Negara Brunei Darussalam dan Malaysia. Kedua-dua belah pihak juga berharap agar hubungan yang sedia ada ini akan terus berkembang dalam pelbagai bidang khususnya bagi kedua-dua buah angkatan tentera. Pemerintah ABDB kemudiannya mendoakan kejayaan di sepanjang tempoh perkhidmatannya di Negara Brunei Darussalam. 

Tuan Yang Terutama Dato’ Raja Reza bin Raja Zaib Shah telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikan ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 11 Oktober 2021 sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam yang ke-16. 


Attachments