Skip Ribbon Commands
Skip to main content
BRITISH LOAN SERVICE COMMUNITY SHOP DONATES TO THE RBAF CHARITY FUND

BERAKAS, Friday, 18 June 2021 - The British Loan Service Community Shop donated BND$3000 to the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Charity Fund today.

The donation was handed over by the shop managers, Mrs Emma Battersby and Mrs Katie Cone to the Chief of Staff of RBAF Colonel (U) Abdul Rahman bin Haji Durahman as the guest of honor, whom later presented the donation to the Chairperson of the RBAF’s Charity Fund, Lieutenant Colonel Muhd Wata bin Abdullah Awat, Director of Personnel.  

Mrs Emma Battersby and Mrs Katie Cone voiced their happiness that the donation will be spent on worthwhile causes. They hoped to make similar donations to other Bruneian charities in the future, focusing on those requiring special care or with disabilities, minority groups, local schools, animal welfare, and wildlife conservation. Mrs Battersby is also grateful to those who have gifted items to their Community Shop and hope that the people would continue to allow the Shop to run successfully.

The British Loan Service Community Shop, located at Berakas Camp, is a small charitable organisation that sells clothing, toys, and household items to the broader community. Managed and run by spouses of the UK Military Loan Service personnel, the Shop team volunteers their time to receive unwanted items gifted by the public that will either be recycled or resell to generate funds for future charitable donations. 





KEDAI MASYARAKAT ANGGOTA PERKHIDMATAN PINJAMAN BRITISH (BRITISH LOAN SERVICE HULUR SUMBANGAN DERMA KEPADA DANA AMAL ABDB

BERAKAS, Jumaat, 18 Jun 2021 - Kedai Masyarakat Anggota Perkhidmatan Pinjaman British (British Loan Service Community Shop) telah membuat sumbangan wang tunai sebanyak BND$3000 ke Tabung Amal Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) hari ini.

Sumbangan dana itu telah diserahkan oleh Puan Emma Battersby dan Puan Katie Cone, Pengurus-pengurus kedai tersebut kepada Ketua Staff Angkatan Bersenjata Diraja Brunei Kolonel (U) Abdul Rahman bin Haji Duraman selaku tetamu kehormat majlis dan seterusnya menyerahkan sumbangan tersebut kepada Pengerusi Tabung Amal ABDB, Leftenan Kolonel Muhd Wata bin Abdullah Awat, Pengarah Keanggotaan. 

Kedua-dua Puan Emma Battersby dan Puan Katie Cone juga menzahirkan penghargaannya melihat hasil jualan kedai masyarakat tersebut akan digunakan untuk tujuan yang bermanfaat. Mereka juga berhasrat untuk membuat sumbangan yang serupa pada masa hadapan kepada badan-badan amal yang lain di negara ini dengan tumpuan khusus kepada orang-orang yang memerlukan perawatan khas atau orang kurang upaya, kumpulan minoriti, sekolah-sekolah tempatan, kesejahteraan haiwan, dan pemuliharaan hidupan liar. Di sini, Puan Battersby juga berbesar hati kepada pihak-pihak yang telah menyumbangkan barangan ke kedai masyarakat mereka dan berharap orang awam akan terus giat dalam aktiviti berkebajikan ini untuk membolehkan kedai tersebut terus beroperasi dengan jayanya.

Kedai Masyarakat Anggota Perkhidmatan Pinjaman British yang terletak di Kem Berakas ialah sebuah organisasi amal kecil, yang menjual pakaian, mainan, dan barang-barang rumah kepada orang ramai. Organisasi ini diurus dan dikendalikan oleh isteri-isteri Anggota Perkhidmatan Pinjaman British yang dengan sukarela menerima barangan terpakai khususnya dari orang ramai yang akan di kitar atau dijual semula untuk menjana dana bagi sumbangan amal pada masa hadapan. 


Attachments