Skip Ribbon Commands
Skip to main content
ROYAL BRUNEI NAVY 56TH ANNIVERSARY PARADE CELEBRATION

MUARA, Monday, 14 June 2021 – The Royal Brunei Navy (RBN) commemorates its 56th Anniversary today with a Parade Ceremony held at the RBN Parade Square led by Lieutenant Commander Mohamad Husaini bin Haji Mohamad Sofian, RBN. 


Present as the Guest of Honour was First Admiral Spry bin Haji Serudi @ Haji Seruji, Commander of RBN.  In his speech, Commander of RBN highlighted various accomplishments and evolutions RBN experienced since its inception 56 years ago. The RBN has remained relevant with the existing challenges and threats in the maritime security domain by acquiring and developing capabilities and new assets, all of which will fulfil their roles and responsibilities as stated in the Defence White Paper 2021. The Commander of RBN also pointed out that apart from modernisation, a true testament of an organisation’s maturity lies in its human resource quality and professionalism. During the parade, RBN officers and personnel identified to have shown the best achievements and professionalism in their careers received awards and certificates. Warrant Officer 2 Fauzillah Rahime bin Hj Awang Damit, RBN, received the Sauh Emas award whilst Leading Hand Mohammad Ikhrimah bin Zulkefli, RBN, received the Bintang Harapan award. The Best Engineer award went to Warrant Officer 2 Irwan bin Haji Ludin, RBN.

Meanwhile, the Best Male Athletes were awarded to Commander Malek Fadillah bin Dato Juragan Laila Diraja Dato Seri Pahlawan Hj Kefli, RBN, Lieutenant Awangku Faizul Azmizan bin Pengiran Rajalli, RBN, and Chief Petty Officer Khairol Anwar bin Haji Ali Hassan, RBN. Best Female Athletes awards were given to Lieutenant Junior Grade Nabilah binti Yanie,RBN, Lieutenant Junior Grade Wan Syamimi Alya’a Filzah binti Lieutenat Colonel (Rtd) Zulkiflee,RBN, Leading Hand Nurul Hazimah binti Hamzah, RBN, and Leading Hand Noorsuriani binti Rusmah, RBN. The awards honour their outstanding achievements in physical activities at the RBN, RBAF, Ministry of Defence and national levels.

The event was further blessed with a recitation of Doa Selamat by Ustaz Mas Ismandi bin Hassan, RBN Religious Teacher and concluded with a Cake Cutting Ceremony held at Samudera Hall Warrant Officers Mess, RBN Chief Petty Officer and Petty Officer and RBN Officers’ Mess.









PERBARISAN SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI KE-56

MUARA, Isnin, 14 Jun 2021 – Perbarisan bagi menyambut Hari Ulang Tahun Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) ke-56 telahpun diadakan di Padang Kawad TLDB yang diketuai oleh Leftenan Komander Mohamad Husaini bin Haji Mohamad Sofian, TLDB hari ini. 

Hadir sebagai Tetamu Kehormat ialah Laksamana Pertama Spry bin Haji Serudi @ Haji Seruji, Pemerintah TLDB. Dalam ucapannya, beliau menekankan pelbagai pencapaian dan evolusi TLDB sejak penubuhannya 56 tahun yang lalu. TLDB berusaha untuk terus menjadi relevan dengan cabaran dan ancaman sekuriti dalam domain maritim melalui perolehan dan perkembangan keupayaan dan aset-aset baru yang akan berfungsi untuk memenuhi peranan dan tanggungjawab seperti yang dinyatakan dalam Kertas Putih Pertahanan 2021. Pemerintah TLDB juga menyatakan selain dari permodenan, bukti sebenar yang menunjukan kematangan sebuah organisasi terletak pada kualiti dan professionalisme sumber manusia. 

Perbarisan ini juga diteruskan dengan penyampaian anugerah dan sijil kepada Pegawai dan anggota TLDB yang dikenalpasti menunjukkan pencapaian yang terbaik dan juga sikap profesionalisme dalam kerjaya mereka. Anugerah Sauh Emas telah diberikan kepada Pegawai Waran 2 Fauzillah Rahime bin Hj Awang Damit, TLDB, Anugerah Bintang Harapan diberikan kepada Laskar Kanan Mohammad Ikhrimah bin Zulkefli, TLDB, manakala Anugerah Jurutera Terbaik diberikan kepada Pegawai Waran 2 Irwan bin Haji Ludin, TLDB.  Bagi Anugerah Jasmani Terbaik Lelaki, ianya diberikan kepada Komander Malek Fadillah bin Dato Juragan Laila Diraja Dato Seri Pahlawan Hj Kefli, TLDB, Leftenen Awangku Faizul Azmizan bin Pengiran Rajalli, TLDB, dan Bintara Kanan Khairol Anwar bin Haji Ali Hassan, TLDB. Bagi Anugerah Jasmani Terbaik Wanita, ianya diberikan kepada Leftenen Madya Nabilah binti Yanie, TLDB, Leftenen Madya Wan Syamimi Alya’a Filzah binti Leftenen Kolonel (B) Zulkiflee,TLDB, Laskar Kanan Nurul Hazimah binti Hamzah, TLDB, dan Laskar Kanan Noorsuriani binti Rusmah, TLDB. Anugerah ini diberikan atas pencapaian mereka didalam aktiviti-aktiviti jasmani samada diperingkat TLDB, ABDB, Kementerian Pertahanan dan kebangsaan. 

Bagi memberkati perbarisan tersebut, Doa Selamat telah dibacakan oleh Ustaz Mas Ismandi bin Hassan, Guru Agama TLDB dan diakhiri dengan acara memotong kek bertempat di Dewan Samudera, Mes Pegawai Waran, Bintara Kanan TLDB & Bintara dan Mes Pegawai TLDB.


Attachments