Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
RBAF COMMANDER RECEIVES COURTESY CALL FROM THE COLONEL OF THE BRIGADE OF GURKHAS

BOLKIAH GARRISON, Monday, 24 May 2021 - Major General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), received a courtesy call from Colonel Jody Davies, Colonel of the Brigade of Gurkha, this afternoon. Also in attendance were the Chief of Staff, RBAF and Director of Intelligence, Ministry of Defence.

During the call, the RBAF Commander welcomed Colonel Jody Davies to the Ministry of Defence and expressed his appreciation for his visit to Brunei Darussalam. Both countries expressed their gratitude towards the close relationship and cooperation between the RBAF and British Forces Brunei. Existing interactions can be enhanced further during courses and training, signifying the close bilateral defence relations that both countries enjoy. 

Colonel Jody Davies was the former Commander of the First Battalion Royal Gurkha Rifles in Brunei Darussalam. He is currently the Colonel of the Brigade of Gurkhas, based in London, United Kingdom.



PEMERINTAH ABDB TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA THE COLONEL OF THE BRIGADE OF GURKHAS

BOLKIAH GARISON, Isnin, 24 Mei 2021 – Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) menerima kunjungan hormat daripada Kolonel Jody Davies, Colonel of the Brigade of Gurkhas petang ini. Turut hadir adalah Ketua Staf ABDB dan Pengarah Perisikan, Kementerian Pertahanan.

Semasa kunjungan tersebut, Pemerintah ABDB mengalu-alukan kedatangan Kolonel Jody Davies ke Kementerian Pertahanan dan meluahkan rasa penghargaan di atas usaha beliau mengadakan lawatan ke Negara Brunei Darussalam. Kedua-dua belah pihak meluahkan rasa penghargaan di atas hubungan erat yang terjalin dan kerjasama yang kukuh di antara ABDB dan British Forces Brunei. Interaksi yang sedia ada juga dapat diperkembangkan lagi dengan adanya kursus dan latihan, yang melambangkan hubungan dua hala yang rapat di antara kedua-dua buah negara tersebut.

Kolonel Jody Davies pernah berkhidmat sebagai Pemerintah di Batalion Pertama, Royal Gurkha Rifles di Negara Brunei Darussalam dan pada masa ini bertugas sebagai Colonel of the Brigade of Gurkhas yang berpangkalan di London, United Kingdom.


Attachments