Skip Ribbon Commands
Skip to main content
MINISTRY OF DEFENCE AND RBAF HOLD KHATAM AL-QURAN AND IFTAR EVENT WITH MUSLIM CONVERTS

BOLKIAH GARRISON, WEDNESDAY, 12 May 2021 – To mark the end of the Ministry of Defence (MINDEF) and Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Ihya Ramadhan Programme for the year 1442H, a Khatam Al-Quran function and iftar with 80 Muslim converts, comprising officers and personnel from MINDEF and RBAF was held at Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garrison today.

Also present were Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Rtd) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister of Defence II, Commander of RBAF, Permanent Secretary at MINDEF, and officers and personnel from MINDEF and RBAF.

The function marks the end of the annual Ihya Ramadhan Programme by the Ministry of Defence and RBAF for the year 1442H which aims to enliven the holy month of Ramadhan amongst other activities that include the MINDEF and RBAF Ramadhan Outreach Programme, charitable activities to orphans and specific groups, cleaning of masjids and muslim cemeteries, and religious talks. Khatam Al-Quran functions at the unit level were also conducted across all RBAF suraus yesterday evening.




KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ABDB ANJUR MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA SAUDARA-SAUDARA BARU

BOLKIAH GARISON, RABU, 12 Mei 2021 – Bersempena penutupan Program Ihya Ramadhan Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) bagi tahun 1442H, sebuah Majlis Khatam Al-Quran dan Majlis Berbuka Puasa bersama 80 orang saudara baru yang terdiri daripada pegawai dan anggota Kementerian Pertahanan dan ABDB diadakan di Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garison hari ini.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua, Pemerintah ABDB, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, pegawai-pegawai dan anggota Kementerian Pertahanan dan ABDB. 

Majlis ini menandakan berakhirnya Program Tahunan Ihya Ramadhan Kementerian Pertahanan dan ABDB bagi tahun 1442H yang bertujuan menyemarakkan bulan suci Ramadhan selain daripada Program Jangkauan Ramadhan, kegiatan kebajikan khususnya bagi anak-anak yatim dan golongan-golongan tertentu, aktiviti membersihkan masjid-masjid dan tanah perkuburan orang-orang Islam dan ceramah-ceramah keugamaan. Majlis-majlis Khatam Al-Quran di peringkat unit juga diadakan di seluruh surau perkhemahan ABDB semalam.


Attachments