Skip Ribbon Commands
Skip to main content
FINAL VISIT OF MINISTRY OF DEFENCE AND RBAF IHYA RAMADHAN AND OUTREACH PROGRAMME 1442H

TEMBURONG DISTRICT, Tuesday, 11 May 2021 – The Ministry of Defence and the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) made a visit to conclude the series of activities under the Ramadhan Outreach Program for the year 1442H at Kampung Batu Apoi and Kampung Selapon, Mukim Batu Apoi, Temburong District today.

The programme at Temburong District includes religious functions and charitable activities to orphans and specific groups. Two events were held commencing at the Masjid Kampung Batu Apoi with the Fardu Asar prayers followed by the recitation of Surah Yasin and Tahlil for the deceased parents of the orphans at the kampung. The event continued with the presentation of donations from MINDEF and RBAF to the orphans, specific groups and the masjid. 

A similar event at Pos Dakwah Kampung Selapon was held, which preceeded with a mass iftar with the residents and community, followed by Fardu Marghrib and Isyak prayers, Sunat Tarawih and Witir prayers and ended with a Tadarus Al-Quran. 

Present were Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Rtd) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister of Defence II, Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu, Legislative Council Member and Penghulu of Mukim Bokok, Permanent Secretary at MINDEF, RBLF Commander, Deputy Permanent Secretaries, acting Penghulu of Mukim Batu Apoi, village heads and officers and personnel from MINDEF and RBAF. 

The event jointly organised by the Support Battalion of the Royal Brunei Land Force (Sp Bn RBLF) and the RBAF Religious Department (JAMA’AT) was aimed at alleviating the burden of the orphans and specific groups to perform their religious obligations in the month of Ramadhan and to help prepare for the upcoming Hari Raya Aidilfitri celebrations. It also aims to strengthen the spirituality and sense of responsibility among personnel and to cultivate the spirit of giving back to the community, especially in this blessed month of Ramadhan. 






KUNJUNGAN AKHIR IHYA RAMADHAN DAN PROGRAM JANGKAUAN RAMADHAN 1442H KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ABDB

DAERAH TEMBURONG, Selasa, 11 Mei 2021 – Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) membuat kunjungan akhir di bawah Program Ihya Ramadhan dan Jangkauan Ramadhan bagi tahun 1442H di Kampung Batu Apoi and Kampung Selapon, Mukim Batu Apoi, Daerah Temburong hari ini.

Program di Daerah Temburong merangkumi majlis-majlis keugamaan dan kegiatan kebajikan khususnya bagi anak-anak yatim dan golongan-golongan tertentu. Sebanyak dua buah acara diadakan secara berturut-turut bermula di Masjid Kampung Batu Apoi dengan menunaikan sembahyang Fardu Asar diikuti dengan bacaan Surah Yasin dan Tahlil untuk ibu bapa anak-anak yatim yang telah kembali ke Rahmatullah. Acara diteruskan dengan penyampaian derma dan bantuan ehsan kepada anak-anak yatim, golongan-golongan tertentu dan pihak masjid.

Begitu juga, acara yang serupa dilanjutkan ke Pos Dakwah Kampung Selapon yang juga termasuk berbuka puasa bersama penduduk dan masyarakat setempat, sembahyang Fardu Marghrib dan Isyak, sembahyang Sunat Tarawih dan Witir dan diakhiri dengan Tadarus Al-Quran.

Turut hadir ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu, Ahli Majlis  Mesyuarat Negara dan Penghulu Mukim Bokok, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei, Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap, Pemangku Penghulu Mukim Batu Apoi, Ketua-ketua Kampung serta pegawai dan anggota Kementerian Pertahanan dan ABDB.

Majlis yang dianjurkan bersama oleh Batalion Bantu Tentera Darat Diraja Brunei (Bn Bantu TDDB) dan Jabatan Agama ABDB (JAMA'AT) tersebut bertujuan untuk meringankan bebanan anak-anak yatim dan golongan-golongan tertentu untuk melaksanakan kewajipan dalam bulan Ramadhan dan membantu dalam meringankan persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri di samping meningkatkan kerohanian dan tanggungjawab dalam kalangan anggota serta memupuk semangat untuk menyumbang balik kepada masyarakat lebih-lebih lagi di Bulan Ramadhan yang penuh berkat ini.


Attachments