Skip Ribbon Commands
Skip to main content
UCAPAN YANG BERHORMAT PEHIN DATU LAILARAJA MEJAR JENERAL (B) DATO PADUKA SERI HAJI AWANG HALBI BIN HAJI MOHD YUSSOF MENTERI PERTAHANAN KEDUA SEMPENA MENYAMBUT BULAN RAMADHAN TAHUN 1442H/2021M



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيْم

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ اْلعَالَمِـيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّـدِنَا مُحَمَّـدِ أَشْرَفِ اْلأَنْبِـيَاءِ 

وَالْمُرْسَلِـيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْـبِهِ أَجْـمَعِيْ

Segala puji-pujian dan syukur hanya bagi Allah Subhanahu wa Ta’ala, Tuhan sekalian alam kerana dengan limpah rahmat-Nya jua, kita berada di bulan Ramadhan 1442 Hijrah, bulan yang penuh rahmat dan maghfirah.  Selawat serta salam ke atas Rasul pilihan Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wassalam, kaum kerabat dan para sahabat serta pengikut-pengikut Baginda yang setia lagi jujur hingga ke akhir zaman.

Ketibaan bulan Ramadhan Mubarak merupakan anugerah istimewa Allah Subhanahu wa Ta’ala kepada umat Islam dengan limpahan rahmat dan amal ibadah yang dilakukan di dalamnya akan memperolehi pahala yang berlipat ganda.  

Marilah kita bermuhasabah, berusaha dan beribadat serta berdoa, semoga di bulan yang Mubarak ini segala amalan dan ibadah yang dilakukan akan dapat mengembalikan kita kepada fitrah, bersih daripada dosa dan mendapat keampunan daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Dalam usaha kita menumpukan perhatian melaksanakan ibadah di bulan yang mulia ini, sayugia ianya kita laksanakan dengan tekad dan azam yang kuat, dilaksana mengikut rencana atau Pelan Ramadhan yang sempurna dan ikhlas agar Ramadhan pada tahun ini dapat kita manfaatkan hingga kehujungnya.  Semangat ibadah tersebut tidak seharusnya hanya tertumpu pada permulaan Ramadhan namun kita menginginkan agar keseluruhan Ramadhan pada tahun ini diisi dengan amal ibadah, amal kebajikan dan amal taqwa sehingga kepenghujungnya agar kemanisan Ramadhan dapat kita rasai sepenuhnya dan Hari Raya Fitrah kita raikan dengan perasaan kemenangan besar.

Akhir kalam, Peramba/Saya ingin mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa Fardhu Ramadhan dan ibadah-ibadah lainnya kepada seluruh warga Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei beserta keluarga di manapun mereka berada, seraya menadah tangan memanjatkan doa:

اَللّٰهُمَّ سَلِّمنَا لِرَمَضَانَ، وَسَلِّمْ رَمَضَانَ لَنَا، وَسَلِّمهُ لَنَا مُتَقَبَّلاً

(Ya Allah berilah keselamatan kepadaku untuk (menghadapi) Ramadhan, Berilah kesejahteraan Ramadhan untukku dan terimlah Ibadah Ramadhan dariku)

Aamiin ya Rabbal Alamiin

وَبِاللهِ التَّوْفِيْقُ وَالْهِدَايَةَ، وَالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Attachments