Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
WORKING GROUP PLUS (ADSOM-PLUS WG) OF 2021

BANDAR SERI BEGAWAN, Wednesday, 7 April 2021 – The second ASEAN Defence Senior Officials’ Meeting-Plus Working Group (ADSOM-Plus WG) under Brunei Darussalam’s chairmanship of the ASEAN Defence Ministers’ Meeting (ADMM) for 2021 was held virtually at the International Convention Centre (ICC), Jalan Berakas today. The first ADSOM-Plus WG meeting was held on 4 February 2021.

The meeting was chaired by Haji Adi Ihram bin Dato Paduka Haji Mahmud, Deputy Permanent Secretary (Policy and Strategy) at the Ministry of Defence, in his capacity as the ADSOM-Plus WG Leader of Brunei Darussalam and attended by all ADSOM-Plus WG Leaders of ASEAN Member States and Plus Countries as well as a representative from the ASEAN Secretariat. The Plus Countries are made up of ASEAN’s eight Dialogue Partners, namely Australia, People’s Republic of China, Republic of India, Japan, New Zealand, Republic of Korea, Russian Federation and the United States of America.

The ADSOM-Plus WG meeting observed updates on the seven areas of cooperation under the ADMM-Plus Experts’ Working Group (EWG), namely Humanitarian Assistance and Disaster Relief; Maritime Security; Military Medicine; Counter-Terrorism; Peacekeeping Operations; Humanitarian Mine Action; and Cyber Security. Brunei Darussalam and Australia are the current co-chairs of the ADMM-Plus EWG on Military Medicine for the 2021-2024 cycle.

The ADSOM-Plus WG is the preliminary working group meeting that prepares for endorsement of multilateral defence cooperation activities at the ADSOM-Plus, for final approval and notation by the ADMM-Plus. The ADSOM-Plus will continue the ADSOM-Plus WG work on 8 April 2021, while the 8th ASEAN Defence Ministers’ Meeting Plus (ADMM-Plus) will be held online on 16 June 2021.




NEGARA BRUNEI DARUSSALAM MEMPENGERUSIKAN MESYUARAT KUMPULAN KERJA PEGAWAI-PEGAWAI KANAN PERTAHANAN ASEAN-PLUS YANG KEDUA BAGI TAHUN 2021

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 7 April 2021 - Mesyuarat Kumpulan Kerja Pegawai-Pegawai Kanan Pertahanan ASEAN Plus (ADSOM-Plus WG) yang kedua bagi tahun 2021 telah diadakan secara dalam talian di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Jalan Berakas hari ini. Mesyuarat ADSOM-Plus WG yang pertama telah diadakan pada 4 Februari 2021.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Haji Adi Ihram bin Dato Paduka Haji Mahmud, Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Strategi) di Kementerian Pertahanan selaku Ketua ADSOM-Plus WG Negara Brunei Darussalam dan dihadiri oleh Ketua-Ketua ADSOM-Plus WG daripada negara-negara Ahli ASEAN dan negara-negara Plus serta wakil daripada Sekretariat ASEAN. Negara-Negara Plus terdiri daripada lapan rakan dialog ASEAN, iaitu Australia, Republik Rakyat China, Republik India, Jepun, New Zealand, Republik Korea, Persekutuan Rusia dan Amerika Syarikat.

Antara lain, mesyuarat itu telah mengemaskinikan tujuh bidang kerjasama di bawah ADMM-Plus Kumpulan Pakar Kerja (EWG) iaitu Bantuan Kemanusiaan dan Bencana Alam; Keselamatan Maritim; Perubatan Tentera; Membanteras Keganasan; Operasi Pengaman; Humanitarian Mine Action dan Keselamatan Siber.  Negara Brunei Darussalam dan Australia adalah Pengerusi Bersama bagi Kumpulan Kerja Pakar ADMM-Plus dalam Perubatan Tentera bagi kitaran 2021-2024.

Mesyuarat ADSOM-Plus WG adalah mesyuarat peringkat kerja yang mempersiapkan pengesahan bagi aktiviti kerjasama pertahanan berbilang hala di mesyuarat ADSOM-Plus, yang akan diadakan pada 8 April 2021, dan seterusnya bagi pengesahan dan ketetapan ASEAN Defence Ministers’ Meeting Plus atau Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN-Plus (ADMM-Plus) kali ke-8 yang akan diadakan secara dalam talian pada 16 Jun 2021.


Attachments