Skip Ribbon Commands
Skip to main content
HIS MAJESTY THE SULTAN AND YANG DI-PERTUAN OF BRUNEI DARUSSALAM VISITS MINISTRY OF DEFENCE

BOLKIAH GARRISON, Wednesday, 31 March 2021 - His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Negara Brunei Darussalam made a visit to the Ministry of Defence at Bolkiah Garrison today.

Accompanying His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam were His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah, the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister's Office; and His Royal Highness 920 Captain (U) Prince 'Abdul Mateen.

Upon arrival, His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam was received by Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Md Yussof, Minister of Defence II, and Major General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF). 

Shortly after, His Majesty received the Royal Salute and inspected the Guard of Honour consisting of 5 officers and 105 other rank personnel of Company D, Third Battalion, Royal Brunei Land Force 3Bn RBLF) led by the Parade Commander, Major Harensuhandy bin Haji Abdullah.

His Majesty was then ushered to the Tower Block and consented to a photo session with members of the Defence Executive Committee and senior officers of the RBAF before proceeding to the Bolkiah Garrison's Gymnasium.  

At the Bolkiah Garrison's Gymnasium, a recital of Surah Al-Fatihah and Doa Selamat was read by the Head of RBAF Religious Department (JAMA'AT), Commander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, RBN.

His Majesty then delivered a Titah in the presence of RBAF officers. In his Titah, His Majesty emphasised the responsibilities of RBAF, as a security institution, in defending the religion, the people, and country. His Majesty underlined the importance for all levels of leadership to be responsible and keeping high integrity for the country’s sake; to practice and empower the spirituality of every personnel based on  RBAF's core values. Apart from that, His Majesty also stressed the need to  enhance RBAF's credibility and image, be a respected organisation and cultivate genuine spirituality and loyalty among the RBAF through the military education system. 

His Majesty further highlighted the importance of addressing all the RBAF's personnel problems and challenges raised through the proper Chain of Command and Pusat Prihatin ABDB.

His Majesty also stated the importance of maintaining RBAF's assets' usability at a high level of capacity and readiness. He also added that the Cyber Defence Unit's establishment was appropriate considering RBAF's age and acts as a shield against cyber threats that could affect the country's operations and defence systems. 

The visit ended at the Bolkiah Garrison Officers' Mess where His Majesty consented to a meet and greet session with RBAF senior officers from Royal Brunei Land Force, Royal Brunei Navy, Royal Brunei Air Force, Joint Forces Headquarters, Training Institute and Defence Academy RBAF, Ministry of Defence, British Loan Services officers and Loan Services doctors from the Islamic Republic of Pakistan.

His Majesty then consented to receive a 'pesambah' and signed the Royal Parchment followed by light refreshment to conclude the visit.  












KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BERKENAN BERANGKAT KE KEMENTERIAN PERTAHANAN

BOLKIAH GARISON, Rabu 31 Mac 2021 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Kementerian Pertahanan di Bolkiah Garison hari ini.

Mengiringi keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah paduka-paduka anakanda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri 920 Kapten (Udara) Pengiran Muda 'Abdul Mateen.

Sejurus keberangkatan tiba, Kebawah Duli Yang Maha Mulia dijunjung oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri Pertahanan Kedua dan Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Pemerintah ABDB. 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia kemudian berkenan menerima Tabik Hormat Diraja dan seterusnya memeriksa perbarisan Kawalan Kehormatan yang terdiri daripada 5 pegawai dan 105 anggota lain-lain peringkat dari Kompeni D, Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei (3Bn TDDB) yang diketuai oleh Pemerintah Kawalan Kehormatan, Major Harensuhandy bin Haji Abdullah.

Baginda seterusnya dijunjung berangkat ke Blok Menara dan berkenan untuk bergambar ramai bersama Ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif Pertahanan dan Pegawai-Pegawai Kanan ABDB sebelum dijunjung berangkat ke Dewan Gerak Badan, Bolkiah Garison.

Semasa di Dewan Gerak Badan, bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat telah dibacakan oleh Ketua Jabatan Agama ABDB, Komander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB). 

Baginda seterusnya berkenan mengurniakan Titah yang dihadiri oleh pegawai-pegawai ABDB. Di dalam Titah, Baginda menekankan tanggungjawab yang perlu dipikul oleh ABDB, selaku institusi keselamatan, dalam mempertahankan ugama, bangsa dan negara. Baginda menekankan kepentingan bagi pemimpin di setiap peringkat untuk bertanggungjawab dan berkeperibadian luhur dan berwibawa demi negara; yangmemperkasakan nilai-nilai teras ABDB. Di samping itu, Baginda juga menekankan keperluan bagi meningkatkan kredibiliti dan imej ABDB, menjadi organisasi yang dihormati  serta memupuk aspek kerohanian dan kesetiaan yang tulen di kalangan ABDB melalui sistem pendidikan tentera.

Baginda terus menekankan juga kepentingan menangani permasalahan dan cabaran di kalangan ABDB melalui saluran Chain of Command yang betul dan Pusat Prihatin ABDB. 

Baginda seterusnya menyatakan kepentingan memelihara tahap boleh guna aset-aset ABDB di tahap kesiapsiagaan yang tinggi. Baginda juga menambah bahawa penubuhan Unit Pertahanan Siber adalah wajar dengan mengambil kira usia ABDB serta sebagai benteng kepada ancaman-ancaman siber yang boleh memberi kesan kepada operasi dan sistem pertahanan negara.

Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia berakhir di Mes Pegawai Bolkiah Garison di mana Baginda telah berkenan untuk beramah mesra bersama Pegawai-Pegawai Kanan ABDB dari Tentera Darat Diraja Brunei, Tentera Laut Diraja Brunei, Tentera Udara Diraja Brunei, Markas Angkatan Bersama, Institut Latihan dan Akademi Pertahanan ABDB, Kementerian Pertahanan, pegawai-pegawai perkhidmatan pinjaman (Loan Services Officers) British dan doktor-doktor perkhidmatan pinjaman (Loan Services Doctors) dari Republik Islam Pakistan.  

Kebawah Duli Yang Mulia berkenan menerima pesambah dan menandatangani Lembaran Kenangan diikuti dengan Santap Ringan untuk mengakhiri keberangkatan tersebut.  




Attachments