Skip Ribbon Commands
Skip to main content
RBAF COMMANDER CONVENED A VIDEO CONFERENCE WITH CHIEF OF DEFENCE FORCE, MALAYSIAN ARMED FORCES

BOLKIAH GARRISON, Monday, 1 March 2021 – Major General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), convened a video conference with General Tan Sri Dato' Sri Haji Affendi bin Buang, Chief of Defence Force, Malaysian Armed Forces (MAF) in preparation for the upcoming 18th ASEAN Chiefs of Defence Forces' Meeting (ACDFM-18).

Also present were the RBAF Chief of Staff, Director of Intelligence and Head of Secretariat of the ACDFM-18.

During the call, the RBAF Commander expressed his appreciation to the Chief of Defence Force for the MAF's support for this year's ACDFM hosted by the RBAF. As Chairman of ACDFM-18, the RBAF Commander also discussed deliverables and the initiatives that will be proposed by the RBAF during the upcoming ACDFM-18, which will be held on 18 March 2021.

Both sides also commended the close bilateral relationship between both armed forces built through various activities that included exchanges of high-level visits and personnel courses and training and multilateral interactions. These efforts have also contributed to building a resilient and future-ready ASEAN.

The video conference represents a series of ongoing video conferences with all ASEAN member states prior to ACDFM-18. 



PEMERINTAH ABDB MENGADAKAN PERJUMPAAN ATAS TALIAN BERSAMA PANGLIMA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA 

BOLKIAH GARISON, Isnin, 1 Mac 2021 – Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah mengadakan perjumpaan atas talian bersama Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang, Panglima Angkatan Tentara Malaysia (ATM) sebagai persiapan Mesyuarat 18th ASEAN Chiefs of Defence Forces’ Meeting (ACDFM-18). 

Turut hadir adalah Ketua Staf ABDB, Pengarah Perisikan dan Ketua Sekretariat Mesyuarat ACDFM-18.

Semasa perjumpaan tersebut, Pemerintah ABDB menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Panglima ATM di atas sokongan yang diberikan bagi acara ACDFM yang akan dipengerusikan oleh ABDB pada tahun ini. Selaku Pengerusi ACDFM-18, Pemerintah ABDB juga telah membincangkan mengenai penyampaian serta inisiatif yang akan dicadangkan oleh ABDB semasa Mesyuarat ACDFM-18 yang akan diadakan pada 18 Mac 2021. 

Kedua-dua belah pihak amat berpuas hati dengan hubungan dua hala yang erat di antara ABDB dan ATM yang dibina melalui berbagai aktiviti termasuk pertukaran lawatan serta kursus dan latihan anggota tentera serta interaksi pelbagai hala. Usaha ini juga menyumbang ke arah ASEAN yang berdaya tahan dan bersedia menempuh masa hadapan.

Persidangan video ini merupakan perjumpaan atas talian yang sedang giat diadakan dengan negara-negara ASEAN yang lain sebagai persiapan untuk Mesyuarat ACDFM-18 yang akan datang. 


Attachments