Skip Ribbon Commands
Skip to main content
MINISTER OF DEFENCE II RECEIVED FAREWELL CALL BY AMBASSADOR OF REPUBLIC OF TURKEY TO BRUNEI DARUSSALAM

BOLKIAH GARRISON, Monday, 1 March 2021 - Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Rtd) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof,  Minister of Defence II, received a farewell call by His Excellency Mehmet Suat Akgun, the Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary of the Republic of Turkey to Brunei Darussalam today.

During the call, the Minister of Defence II expressed satisfaction with the achievement and contributions by His Excellency in further advancing the bilateral relationship between Brunei Darussalam and the Republic of Turkey. The defence ties between both countries have strengthened through participation in defence conferences and exhibitions hosted by each country, such as the Brunei International Defence Exhibition 2013 (BRIDEX) in Brunei Darussalam and the International Defence Exhibition Fair (IDEF) in Istanbul, Turkey.

His Excellency Mehmet Suat Akgun presented his credentials to His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam on 15 February 2017.





MENTERI PERTAHANAN KEDUA MENERIMA KUNJUNGAN PERPISAHAN DARIPADA DUTA REPUBLIK TURKI KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

BOLKIAH GARRISON, Isnin, 1 Mac 2021  -  Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof telah menerima kunjungan perpisahan daripada Tuan Yang Terutama Mehmet Suat Akgun, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Turki ke Negara Brunei Darussalam hari ini.

Semasa kunjungan tersebut, Menteri Pertahanan Kedua menyatakan rasa gembira atas pencapaian dan sumbangan Tuan Yang Terutama dalam memupukkan lagi hubungan dua hala di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Turki. Hubungan pertahanan di antara kedua negara juga telah dipertingkatkan melalui kehadiran ke persidangan dan pameran seperti Pameran Pertahanan Antarabangsa Brunei pada 2013 (BRIDEX) di Negara Brunei Darussalam dan kehadiran ke Pameran Pertahanan Antarabangsa (IDEF) di Istanbul, Turkey.

Tuan Yang Terutama Mehmet Suat Akgun telah menyembahkan Surat Watikah Pelantikan beliau ke hadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 15 Februari 2017.


Attachments