Skip Ribbon Commands
Skip to main content
​COURTESY CALL BY THE COMMANDING OFFICER OF THE COMBAT SHIPS GROUP OF THE PACIFIC FLEET OF THE RUSSIAN FEDERATION AND CHIEF OF STAFF OF THE SUBMARINE FORCES OF THE PACIFIC FLEET

BOLKIAH GARRISON, Wednesday, 21 November 2018 - Rear Admiral Eduard E. Mikhailov, the Commanding Officer of the Combat Ships Group of the Pacific Fleet of the Russian Federation and Chief of Staff of the Submarine Forces of the Pacific Fleet today made courtesy calls on the Minister of Defence II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, and the Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud.

The Minister of Defence II took the opportunity to express his appreciation to Rear Admiral Eduard E. Mikhailov on previous goodwill visits and also expressed satisfaction over the successful conduct of the first naval working group discussion held recently between the Royal Brunei Navy and the Russian Navy from 13 to 17 November 2018.

During the call, both sides exchanged views and highlighted matters of common interest including matters related to naval cooperation such as future bilateral naval exercises and training as well as educational visits and courses, where both sides hoped could be further enhanced and developed. Such laudable efforts are hoped to directly enhance the bilateral defence relationship to uphold the aspirations as stated in the Memorandum of Understanding on Military Cooperation signed on 26 April 2017 between both countries.

On a separate call, the RBAF Commander welcomed Rear Admiral Eduard E. Mikhailov and acknowledged the cordial bilateral military-to-military relationship between the Royal Brunei Armed Forces and the Russian Armed Forces.

RBAF Commander also extended appreciation to Rear Admiral Eduard E. Mikhailov and the Russian Navy for the good will visit to Brunei Darussalam which is aimed to enhance understanding and friendship specifically between both navies. Both sides discussed on potential avenues of cooperation that can be explored between both countries in the future.

The Russian Pacific Fleet is currently on goodwill visit to Brunei Darussalam from 18 to 23 November 2018. 




KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA PEMERINTAH ARMADA PASIFIK PERSEKUTUAN RUSIA DAN KETUA ANGKATAN KAPAL SELAM ARMADA PASIFIK

BOLKIAH GARISON, Khamis, 22 November 2018 - Laksamana Muda Eduard E. Mikhailov, Pemerintah Armada Pasifik Persekutuan Rusia dan Ketua Angkatan Kapal Selam Armada Pasifik, mengadakan kunjungan hormat secara berasingan kepada Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, dan Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud.

Yang Berhormat Menteri Pertahanan II mengambil kesempatan untuk menyampaikan rasa penghargaan kepada Pemerintah Armada Pasifik Persekutuan Rusia di atas beberapa lawatan muhibah yang telah diadakan sebelum ini dan turut menyatakan rasa puas hati di atas kejayaan kali pertama perbincangan kumpulan kerja yang diadakan di antara Tentera Laut Diraja Brunei dan Tentera Laut Rusia pada 13 hingga 17 November 2018.

Semasa kunjungan hormat, kedua belah pihak bertukar pandangan dan membincangkan perkara-perkara berkepentingan bersama termasuk yang berkaitan dengan kerjasama dan latihan-latihan ketenteraan laut serta lawatan-lawatan sambil belajar dan kursus-kursus, di mana kedua pihak berharap dapat dipertingkatkan dan diperkembangkan lagi. Usaha sedemikian juga di harap dapat mendokong secara langsung aspirasi seperti yang dinyatakan dalam Memorandum Persefahaman Kerjasama Ketenteraan yang ditandatangani pada 26 April 2017 di antara kedua negara.

Manakala, dalam kunjungan hormat yang berasingan, Pemerintah ABDB mengalu-alukan kedatangan Laksamana Muda Eduard E. Mikhailov dan mengakui hubungan ketenteraan dua hala yang baik di antara ABDB dan Angkatan Tentera Rusia. Pemerintah ABDB merakamkan penghargaan kepada Laksamana Muda Eduard E. Mikhailov di atas kunjungan muhibbah ke Negara Brunei Darussalam yang mana bertujuan untuk meningkatkan persefahaman dan persahabatan khasnya di antara kedua buah tentera laut. Kedua belah pihak membincangkan mengenai peluang kerjasama yang dapat diceburi di antara kedua buah angkatan tentera pada masa akan datang.

Armada Pasifik Rusia pada masa ini sedang membuat lawatan muhibbah ke Negara Brunei Darussalam dari 18 hingga 23 November 2018.

Attachments