Tender Rules & Guidelines
- Details

JABATANARAH KEWANGAN & PEROLEHAN
KEMENTERIAN PERTAHANAN
BRUNEI DARUSSALAM
Syarat – syarat Tawaran
- Tawaran- tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tawaran, Lembaga Tawaran Kecil, Kementerian Pertahanan, Blok C, Ground Floor, BB3510, Negara Brunei Darussalam. Dokumen-dokumen tawaran hendaklah diperolehi di Kaunter Perkhidmatan Pelanggan, Jabatanarah Kewangan dan Perolehan, Kementerian Pertahanan semasa hari-hari bekerja (Isnin hingga Jumaat).
- Bayaran Yuran Tawaran hendaklah dibayar di Kaunter Perkhidmatan Pelanggan, Pintu Masuk No.5, Blok D, Tingkat Bawah, Jabatanarah Kewangan dan Perolehan, Kementerian Pertahanan, Bolkiah Garison, Negara Brunei Darussalam.
- Waktu Menerima Bayaran:
- Isnin - Khamis : 8.00 pagi - 3.00 petang
- Jumaat : 8.00 pagi - 10.00 pagi
- 2.00 petang - 3.00 petang
- Penender adalah dikehendaki membayar semua Yuran Tawaran seperti yang diiklankan. Yuran Tawaran adalah dikehendaki dan tidak akan dikembalikan kepada setiap penender samada yang berjaya atau tidak berjaya setelah menghantar tawaran yang jujur (bona-fide tender). Kadar Yuran Tawaran adalah seperti yang ditetapkan dalam iklan tawaran.
- Kerajaan tidak terikat untuk menerima sebarang tawaran yang paling rendah.
- Tawaran-tawaran hendaklah dihantar dengan menggunakan borang-borang tawaran yang telah disediakan. Tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang telah ditetapkan akan dikira sebagai tawaran tidak jujur (non-bona-fide tender) dan tidak akan dilayan.
- Salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan hendaklah disertakan bersama dengan menyenaraikan butir-butir syarikat berkenaan seperti nama, nombor kad pengenalan atau nombor pasport pemilik.
- Penender yang menolak atau membatalkan tawaran atau kontrak setelah kebenaran tawaran diperolehi atau setelah tutup tawaran akan dikenakan denda selaras dengan peraturan dan garis pandu yang diberikan oleh Lembaga Tawaran Negara.
- Tawaran-tawaran hendaklah dihantar dalam sampul surat biasa dan hendaklah ditutup rapi. Pada bahagian atas sebelah kiri sampul surat, hendaklah dinyatakan rujukan, tajuk tawaran dan catatan tarikh tutup tawaran itu seperti yang diiklankan.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
DIRECTORATE OF FINANCE & ACQUISITION
MINISTRY OF DEFENCE
BRUNEI DARUSSALAM
Condition of Tender
MINISTRY OF DEFENCE
BRUNEI DARUSSALAM
Condition of Tender
- All tenders should be submitted to the Tender Box, Mini Tender Board, Block C, Ground Floor, Directorate of Finance and Acquisation, Ministry of Defence, Bolkiah Garrison, BB3510, Negara Brunei Darussalam.
- Tender Fee should be made at Block D, Ground Floor, Entrance 5, Customer Sevice Counter, Directorate of Finance and Acquisition, Ministry of Defence, Bolkiah Garrison, BB3510, Negara Brunei Darussalam.
- Payment can be made at the following time:
- Monday - Thursday : 8.00 am - 3.00 pm
- Friday : 8.00 am - 10.00 am
- 2.00 pm - 3.00 pm
- All tenderers should pay the Tender Fee as advertised. The Fee is non-refundable to either successful or unsuccessful tenderers.
- The Government does not bind itself to accept the lowest tender received.
- All tenders must be submitted using tender forms provided. Any tender delivered after the stipulated time, for whatever reason arising will be disqualified (non-bona-fide-tender) and will not be entertained.
- Copies of Business Registration Certificate should be attached stating details of the company such as company owner's name, identity card number or passport number.
- Tenderers who withdraw or cancel their tender or contract, after the tender approval has been made or after the closing of tender, will be penalized according to the rules and regulations made by the State Tender Board.
- All tenders should be submitted in a proper sealed envelope and clearly written on it the reference, title and closing date of the tender as advertised.
Any inquiries please call, Tender Section : 2386203/2386522, Mon-Fri 8am - 4pm



