Log in
     
Welcome to Occupational Health & Safety
PEMERIKSAAN KKK DI TEMPAT KERJA PDF Print

PEMERIKSAAN KKK (OHS INSPECTION) DI TEMPAT KERJA - KESELAMATAN PEJABAT (OFFICE SAFETY)

Pemeriksaan adalah salah satu alat yang paling berkesan dalam mengesan bahaya di tempat kerja dan sekaligus mengambil tindakan untuk mengawalnya serta memperbetulkannya.

Mereka yang bertanggungjawab melakukan pemeriksaan (Ketua Jabatan, Penyelia, Ketua Seksyen, Pegawai/Pengurus KKK) mempunyai 3 cara tertentu dalam mengenal bahaya selain dari menghadiri kursus khusus. Ianya adalah dengan cara berikut:

1.            Pengetahun Umum (Common Knowledge).   Dengan hanya menggunakan pemikiran yang waras dan secara logik seseorang itu boleh menilai dan melihat sesuatu perkara itu salah atau betul, bahaya atau tidak dan seumpamanya.

2.            Pengetahun Industri (Industry Knowledge) -  Didalam suasana perindustrian, tidak semua orang akan mengetahui isu-isu kesihatan dan keselamatan yang berkaitan dengannya kecuali beliau adalah seorang pekerja di industri berkenaan atau beliau pernah berkerja di industri yang serupa.

3.            Pengetahun Pakar (Expert Knowledge) - Jika awda seorang pakar tertentu, bermakna awda sahajalah yang tahu akan isu-isu kesihatan dan keselamatan yang ada mengenainya.  Seperti seorang pakar kimia dimana beliau mengetahui dan memahami kandungan properties bahan kimia yang digunakan secara mendalam.

Bagi menjalankan pemeriksaan di pejabat-pejabat, seseorang pemeriksa mungkin hanya memerlukan pengetahuan umum dan sedikit pengetahuan industri.

Didalam prosedur specifik KKK (OHS Specific Prosedures), ada disediakan 2 module khusus dalam melakukan pemeriksaan di tempat kerja iaitu OHS-MOD-02-Audit/Inspection dan OHS-MOD-21-Office Safety.

Sila lihat contoh gambar suasana di pejabat berikut dan lihat bahaya yang ada:

 office_safety_3

Catatan bahaya yang ada dari pejabat di atas:

(1) Mengangkat barang berat dengan cara yang salah. Perbuatan ini boleh menyebabkan pekerja sakit belakang.

(2) Tumpahan air tidak dibersihkan. Lantai yang basah boleh menyebabkan pekerja tergelincir dan terjatuh.

(3) Toner alat mesin photocopy adalah bahan kimia yang bahaya kepada kesihatan. Pekerja diperlukan memakai alat perlindungan diri seperti face mask dan sarong tangan.

(4) Duduk dengan cara yang salah boleh mengakibatkan sakit belakang dan juga terjatuh.

(5) Berjalan sambil membaca adalah perbuatan yang bahaya dan boleh mengakibatkan kecederaan.

(6) Bermain-main dalam pejabat seperti melontar benda tajam boleh mengakibatkan kecederaan seperti terkena mata.

(7) Penyambungan pendawaian elektrik yang berlebihan pada multi-plug extension adalah bahaya boleh menyebabkan kebakaran.

(8) Jangan dibiarkan tong sampah dipenuhi sampah. Tong sampah mestilah dikosongkan sebelum meninggalkan pejabat setiap hari bagi keselamatan kebakaran dan mengelakkan pembiakkan binatang dan serangga.

(9) Menggunakan kasut tumit tinggi berdiri di atas kerusi untuk mengambil barang adalah perbuatan yang membahayakan diri sendiri dari terjatuh.

(10) Sinar matahari yang berlebihan memancar dari luar jendela boleh menyakiti mata.  Jendela perlu dilengkapi dengan tabir atau blinder bagi mengurangkan cahaya sinar matahari. 

(11) Menggunakan pejabat tempat berehat dengan dihidangi minuman dan makanan adalah perbuatan yang tidak selamat dan tidak sihat.

(12) Jangan membiarkan laci meja atau almari terbuka yang boleh menyebabkan pekerja terlanggar dan terjatuh.

(13) Menghalang pintu keselamatan atau tempat laluan dengan meletakkan barang seperti kotak-kotak adalah pebuatan yang bahaya terutama sewaktu evakuasi kebakaran atau kecemasan.

(14) Seseorang yang terkena stres yang berlebihan boleh membahayakan dirinya sendiri dan orang lain . Bagi mereka yang mengalami stres perlu berjumpa Doktor untuk rawatan dan nasihat.

(15) Housekeeping adalah sangat penting di tempat kerja bagi mengelakkan bahaya seperti tergelincir, tersandung dan terjatuh serta mengawal suasana yang sihat.

 
SEMINAR KESIHATAN DAN KESELAMATAN KERJA KEMENTERIAN PERTAHANAN PDF Print
seminar_1

Seminar kesihatan dan keselmatan kerja bagi anggota/ kakitangan Kementerian Pertahanan telah diadakan pada 13 Rabiulakhir 1433/ 06 Mac 2012 bertempat di Pusat Persidangan Antarabangsa BRIDEX.  Seminar dianjurkan oleh Unit Inspektorat Pejabat Urusetia Pemerintah ABDB dan Syarikat HSB Safety Equipment Company.  Seminar adalah kesinambungan kepada kempen kesedaran kesihatan dan keselamatan kerja (KKK) Kementerian Pertahanan yang telah dilancarkan pada 09 Februari 2012 yang lalu bertemakan "Ke Arah Membudayakan Kesihatan dan Keselamatan Kerja Yang Sihat dan Selamat"

Tetamu kehormat pada hari tersebut ialah YM Kol (U) Hj Hamsani Bin Hj Abd Hamid Pengurus KKK Kementerian Pertahanan Bolkiah Garison. Diantara kandungan aturcara seminar adalah Ucap Taklimat dari tetamu kehormat, Kata Alu-Aluan dari wakil Syarikat HSB Safety Equipment YM Mr Abbas Bin Tanjung, Taklimat 1 dan 2 bertajuk Personal Protective Equipment (PPE) oleh Mr Alvin Quek dari QSS Singapore, Taklimat 3 bertajuk Hospital Isolation Room & Infection Control Equipment dan Bio Disinfectant (OxyPharm) oleh Mr Alan Teo dari Airtech Singapore, Taklimat 4 bertajuk Hospital Operating Room & Hospital Bio-Safety Lab oleh Mr Alan Teo dari Airtech Singapore, dan seminar diakhiri dengan bacaan Doa Selamat dan upacara penyampaian sijil kepada semua yang hadir yang disampaikan oleh Lt Kol Hj Salleh Bin Hj Suhaili PT1 Pemeliharaan, Lt Kol Hj Abidin Bin Hj Abd Hamid PT1 Inspektorat (Operasi) dan Mr Abbas Bin Tanjung Wakil Syarikat HSB Safety Equipment Company.

Read more...
 
MAJLIS PELANCARAN KEMPEN KESEDARAN KESIHATAN & KESELAMATAN KERJA (KKK) KEMENTERIAN PERTAHANAN PDF Print

IMG_2552aMajlis pelancaran kempen kesedaran Kesihatan & Keselamatan Kerja (KKK) Kementerian Pertahanan telah diadakan pada hari Khamis 9 Feb 2012 bertempat di Dewan Pahlawan Berakas Garison. Majlis pelancaran ini dianjurkan oleh Unit Inspektorat Pejabat Urusetia Pemerintah ABDB.  Tetamu kehormat pada hari tersebut ialah YM Dato Paduka Haji Mustappa Bin Haji Sirat, Timbalan Menteri Pertahanan.

Read more...
 

Policy

policy

MINDEF have an organisation-wide OHS policy that is endorsed by the Deputy Minister of Defence.  All activities in MINDEF directorates and departments must be in compliance to this policy. Read More


Organisation

organisation

The Deputy Permanent Secretary 1 is the Chairman of the MINDEF/RBAF OHS Steering Committee.  The Head of Inspectorate Unit is the overall MINDEF/RBAF OHS Manager.  The Director of Logistic is the OHS Manager for MINDEF and he/she is also the head of MINDEF OHS department. The Inspectorate Unit based at MINDEF provides guidance and monitors OHS performance across MINDEF derectorates and departments.
Read More..

Rules

Rules3

The 10 OHS Rules apply to all employees, visitors and contractors regardless of rank or status.  These rules must be complied with at all times. Read More..

Safety Information

Banner-safety-information
And in other news

Health Info

perintah_tembakau_2

Health Info

office_exercise_safety

Who's Online

We have 1 guest online

Menu

Health Info

ohs_web_pictures

precaution2

"NO SMOKING IN MINDEF PREMISES"

perintah_tembakau_1

User Statistic

Total Members : 108
Latest Member : khazary
Members Online : 0

Content Statistics

Content View Hits : 6260
RocketTheme Joomla Templates