Update on 'Mertak Bersatu' Exersice Siries 7/2006 in Sabah
Posted on: 14th November 2006, 1700 hours (Time is GMT +8 hours)

UPACARA PENUTUP EKSESAIS 'MERTAK BERSATU' SIRI 7/2006

17 November 2006 - 1000 -1130H
Pergerakan dari Kem Paradise ke Lok Kawi

Pergerakan kontinjen dari Kem Paradise, Kota Belud ke Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu mengambil masa satu jam tiga puluh minit dengan mengunakan kenderaan tentera sebanyak 24 buah sebelum bergerak menuju ke Kota Kinabalu Sabah.dengan diiringi oleh Polis Tentera dari Malaysia. Kem Lok Kawi menempatkan Markas Briged Kelima, Infantri Malaysia di Negeri Sabah.

Sebelum bergerak ke kem Paradise

Perjalanan menuju Kem Lok Kawi

Kem Lok Kawi

Kota Belud, Sabah Khamis 16 November 2006 - Eksesais 'Mertak Bersatu' Siri 7/2006 dari Platun Meriam Katak Tentera Darat Diraja Brunei dan Tentara Darat Malaysia telah ditutup dengan rasminya oleh Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei, Kolonel Pengiran Dato Paduka Haji Rosli bin Pengiran Haji Chuchu. Turut hadir ialah Pemangku Panglima Tentera Darat Malaysia, Yang Berbahagia Leftenan General Datuk Muhammad Ismail bin Haji Jamaluddin.

Upacara penutup diserikan dengan Demonstrasi Aturgerak Mariam Katak dari kedua-dua Platun Meriam Katak Tentera Darat Diraja Brunei dan Tentera Darat Malaysia yang mana penembakan mariam katak secara beriringan oleh setiap seksyen, Platun dan gabungan kedua-dua platun dari beberapa tapak tembak yang berbeza menuju sasaran yang sama telah dilangsungkan dengan mengunakan mariam kakak jenis 81mm.

Eksesais ini bermula dengan pergerakan anggota dan kenderaan melalui jalan darat dari Berakas Garison pada 5 November 2006 ke Perkhemahan Bangar seterusnya berakhir di Kem Paradise Kota Belud, telah raikan dengan upacara perbarisan penutup latihan oleh kesemua platun yang terlibat didalam eksesais ini yang diketuai oleh Kapten Azaman bin Haji Hussin, dari Tentera Darat Diraja Brunei yang juga sebagai Pegawai Latihan.

Siri eksesais yang ketujuh ini telah mencapai matlamat yang diharapkan untuk meningkatkan professionalisma anggota-anggota dan seterusnya juga telah meningkatkan hubungan kerjasama dua hala diantara kedua angkatan tentera. Semasa penempatan Platun Meriam Katak Tentera Darat Diraja Brunei di Kem Paradise, mereka juga telah mengadakan perlawanan sukan persahabatan dengan Platun Meriam Katak Tentera Darat Malaysia seperti perlawanan Bolasepak, Sepak Takraw dan Bola Tampar. Kontinjen bagi Eksesais ini juga telah berkesempatan mengadakan kerja-kerja amal dengan membersihkan masjid di Kampong Tambulion yang terletak berhampiran dengan Kem Paradise dimana semua anggotan kontinjen tinggal semasa eksesais ini dijalankan.

16 November 2006 - 0830 - 1100H
Upacara Penutup Eksesais ' Mertak Bersatu' Siri 7/2006

Demonstrasi Aturgerak Mortar yang mengandungi senario bantuan serangan melalui tembakan mariam katak secara gabungan untuk membuat serangan kepada pihak musuh pada sasaran yang dikehendaki secara yang lebih berkesan yang melibatkan kesemua platun mariam katak yang ditemapatkan di Tapak Tembak 3,4,5 telah menyerikan Upacara Penutup Eksesais 'Mertak Bersatu' Siri 7/2006. Platun mariam katak Tentera Darat Diraja Brunei yang mengandungi 3 laras mariam katak pada setiap tepak tembak yang ditempatkan di Tepak Tembak 4 dan 5.

Upacara Penutup di tutup rasmi oleh Kolonel Pengiran Dato Paduka Haji Rosli bin Pengiran Haji Chuchu, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei yang juga menerima hormat panglima daripada perbarisan platun mariam katak yang terlibat didalam eksesais ini dibawah perintah Pemerintah Perbarisan iaitu Kapten Azaman bin Haji Hussin, Ketua Platun Tentera Darat Diraja Brunei. Upacara ini juga dihadiri oleh Pemangku Panglima Tentera Darat Malaysia, Yang Berbahagia Leftenan Jeneral Datuk Ismail bin Datuk Muhammad Ismail bin Haji Jamaluddin.

Didalam sidang akhbar, kedua-dua pemimpin telah menyuarakan kesungguhan untuk meningkat lagi hubungan kerjasama dua hala dari segi latihan bagi meningkatkan lagi professionalisma.

Kedua-dua Platun Meriam Katak Tentera Darat Diraja Brunei dan Tentera Darat Malaysia yang membuat bantuan tembakan mariam katak secara beriringan oleh setiap seksyen, Platun dan gabungan kedua-dua platun dari beberapa tapak tembak yang berbeza telah berjaya memusnahkansasaran yang sama.

16 November 2006 - 0800 - 1130H
Malam Akrab

Malam perpisahan sempena Eksesais 'Mertak Bersatu' Siri 7/2007 yang juga dikenali juga sebagai 'Malam Akrab' telah berlangsung di Padang Kawad 507 Rejimen Askar Wataniah. Pegawai Pemerintah Batalion Ketiga Rejimen Askar Melayu Diraja, Leftenan Kolonel Ahmad Sham bin Haji Baharin hadir sebagai tetamu kehormat.

Majlis ini diserikan dengan persembahan nyanyian dan tarian kebudayaan dari suku kaum Bajau dari Sabah, suku kaum Iban dari Sarawak dan persembahan dari beberapa kontinjen Rejimen Askar Melayu Diraja, Infantri Malaysia. Sumbangan dari pegawai-pegawai Tentera Darat Diraja Brunei dan Tentera Darat Malaysia juga menyerikan persembahan pada malam tersebut.

 

REPORT FROM 5 TO 15 NOVEMBER 2006