UPDATE ON EKSESAIS MERTAK BERSATU
Posted on: 12th November 2006, 1400 hours (Time is GMT +8 hours)

15 November 2006 - 0700 - 1230H
Raptai Upacara Penutup

Raptai Upacara Penutup telah berlangsung dengan disaksikan oleh Brigadier Jeneral Baharom bin Hamzah, Panglima Briged Kelima, Infantri Malaysia di Tepak Tembak 4, Lapangsasar Kota Belud. Selepas raptai upacara penutup, latihan menembak seperti yang dirancangkan untuk upacara penutup di jalankan bagi menentukan ketepatan tembakan mengikut perancangan yang ditetapkan oleh pihak Tentera Darat Maaysia sebagai penyelaras Upacara Penutup Eksesais 'Mertak Bersatu' Siri 7/2006. Raptai penutup juga dihadiri oleh anggota dari 507 Rejimen Askar Wataniah yang ditempatkan di Kem Paradise.

14 November 2006 - 1425 - 2200H
Menembak Meriam Katak di Tapak Tembak 4 dan 5

Latihan menembak ini bukan sahaja melibatkan Platun mariam katak Tentera Darat Diraja Brunei bahkan di sertai oleh platun mariam katak Tentera Malaysia dari Sabah dan Sarawak secara gabungan. Gabungan ini telah dikoordinasikan secara terperinci oleh kedua-kedua tentera darat dengan baik dan lancar walaupun terdapat sedikit perubahan secara mendedak.

13 November 2006 - 0845 - 1000H
Menembak Meriam Katak di Tapak Tembak 5

Latihan menembak mengunakan mariam katak 81mm yang melibatkan tiga seksyen mariam katak dari setiap seksyen platun mariam katak Tentera Darat Diraja Brunei dengan mengunakan 6 laras mariam katak telah diajalankan di Tapak Tembak 5, Lapangsasar Kota Belud.

12 November 2006 - 0930H
Melawat Tamu Mingguan Kota Belud

Tamu Mingguan Kota Belud terletak di Pekan Kota Belud yang mana menjual bermacam-macam buah-buahan, sayur-sayuran termasuk ikan dan juga barang-barangan keperluan seperti pakaian, jam tangan, minyak-minyak gosok, Ubat-ubatan tradisional dan sebagainya untuk pasaran Pekan Kota Belud dan juga pelanjong dari luar negeri sebagai daya tarikan utama pekan ini.

12 November 2006 - 0800H
Kerja Amal Membersihkan Masjid Kampung Tambulion

Majis Kg Tambulion terletak berhampiran dengan Lapangsasar Kota belud yang mana menjadi tempat tumpuan penduduk islam yang berhampiran iaitu penduduk Kampung Sorob, Tambulion Ulu dan Tambulion Laut. Majoriti penduduk dikawasan ini berbangsa Dusun dan hanya dua puluh lima peratus sahaja yang beragama islam iaitu lebih kurang 300 orang. Masjid telah dibina pada tahun 1967 dan semanjak itu telah diubahsuai beberapa kali sehinggalah ianya dibaikpulih pada awal bulan syawal yang lepas. Masjid ini di Imamkan oleh Imam Shamsuddin bin Kassim dan boleh menampong jemaah seramai lebih kurang 100 orang.

Projek amal membersihkan Masjid Kg Tambulion ini telah di ilhamkan oleh Ketua Staf Tentera Darat Diraja Brunei, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Leftenan Kolonel Mohd Tawih bin Abdullah semasa beliau sembahyang jumaat berjemaah setelah menghadiri upacara pembukaan rasmi Eksesais Mertak Bersatu pada 10 Nov 2006. Kerja-kerja amal ini diungkayahkan oleh seramai 23 pegawai-pegawai dan anggota-anggota yang terlibat dengan Eksasais ini yang mana ianya juga di sertai bersama dengan Pegawai-pegawai dan anggota-anggota Tentera Darat Malaysia.

Sebelum kerja-kerja amal, Ketua Kontingen Eksesais Mertak Bersatu telah menyerahkan Frame Ayat Suci Al-Quran dan tikar untuk sembahyang sebagai wakaf iklas daripada semua pegawai-pegawai dan anggota Tentera Darat Diraja Brunei yang terlibat didalam Eksesais tersebut. Sejumlah RM$384.00 ringgit juga telaah diserahkan kepada Imam Masjid tersebut hasil daripada kutipan daripada semua anggota Tentera Darat Diraja Brunei. Ketua Kampung Sorob, Ketua Kampong Sorob, Awang Saidan@Sulidan bin Abdullah Satang dan ahli-ahli Jawatankuasa Masjid juga turut hadir pada acara amal tersebut.

11 November 2006 - 1000H
Latihan Penembakan

Latihan Penembakan penuh telah diadakan di Tapak Tembak 4, Lapangsasar Kota Belud yang melibat dua seksyen bagi setiap Platun dari Battalion Pertama, Kedua dan ketiga Tentera Diraja Brunei dengan mengunakan 6 Laras Mariam Katak. Latihan penuh ini telah menyaksikan tembakan sebanyak 500 tembakan.

11 November 2006 - 0830H
Latihan Silang Eksesais 'Mertak Bersatu' Siri 7/2006

Dewan Masak Kem Paradise, satu taklimat Latihan Silang telah diadakan diantara kedua Platun Meriam Katak yang hadiri oleh anggota-anggota PTB-PTB rendah sebagai pengenalan dan juga sebagai pertukaran maklumat mengenai dengan alat-alat persenjataan mariam katak, tatacara penggunaan, organisasi dan tugas dan tanggungjawab kedua-kedua platun mariam katak. Taklimat diberikan oleh Kapten Azaman bin Haji Hussin bagi pihak TDDB dan Leftenan Hairul Nazri bin Che Hussin bagi pihak TDM. Takilmat hanya berlangsung selama lebih kurang satu jam.


10 November 2006 - 0630H
Raptai Pembukaan Rasmi Eksesais 'Mertak Bersatu' Siri 7/2006

Upacara pembukaan rasmi Eksesais 'Mertak Bersatu' Siri 7/2006 telah di adakan di Tapak Tembak 4, Lapangsasar Kota Belud. Kesemua Platun Mariam Katak yang Terdiri daripada Platun Meriam Katak Tentera Darat Diraja Brunei dan gabungan Platun Meriam Katak dari Tentera Darat Malaysia (Sabah dan Sarawak) didalam perbarisan pembukaan dan penembakan semasa pembukaan rasmi.

Tetamu kehormat didalam upacara Pembukan Rasmi berkenaan adalah Yang Berbahagia Mejar Jeneral Dato' Mohammad Effendi bin Mustaffa, Panglima 1 Divisyen, Tentera Darat Malaysia. Turut hadir ialah Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Leftenan Kolonel Mohd Tawih bin Abdullah, Ketua Staf Tentera Darat Diraja Brunei berserta dengan Panglima-Panglima Briged, 1 Divisyen. Pemerintah Perbarisan ialah Kapten Iswadi bin Abdullah dari Platun Mariam Katak Malaysia.

Didalam ucapan perasmian teramu kehormat Yang Berbahagia Panglima 1 Divisyen menyentuh mengenai dengan hubungan yang erat yang terjalin diantara kedua angkatan darat walaupun mempunyai perbezaan dari segi sosial, tahap ekonomi dan kebdayaan tetapi mempunyai persamaan dari segi prosedur persenjataan ketentaraan. Eksesais Mertak Bersatu yang diadakan sebanyak 7 kali sejak 1994 haruslah di teruskan bagi meningkatkan lagi professionalisma dan tahap kemahiran dan kecekapan kedua anggota angkatan tentera yang berjiran demi meningkatkan lagi hubungan kerjasama dua hala untuk keselamatan sempadan Negara yang berjiran. Latihan ini bukan sahaja diadakan di antara Tentera Darat Brunei Darussalam dan Tentera Darat Malaysia tetapi juga diadakan dengan Tentera Darat dari Negara-negara jiran yang terdekat.

Perasmian Eksesais 'Mertak Bersatu' dibuka rasmi dengan diiringi dengan tembakan lapan das dari empat laras meriam katak masing-masing dari Platun Meriam Katak Tentera Darat Diraja Brunei dan Platun Tentera Darat Diraja Malaysia iaitu dua tembakan bagi setiap Laras Mariam Katak.

Upacara diteruskan penyerah TOHA kepada Pengarah Latihan, Penolong Pengarah Latihan, Ketua Platun Mariam Katak Tentera Darat Malaysia dan Ketua Platun Tentera Darat Diraja Brunei masing-masing oleh Panglima 1 Divisyen TDM dan Ketua Staf TDDB. Sebelum tetamu kehormat bergerak dari Tapak Tembak 4, Panglima 1 Divisyen TDM dan Ketua Staf TDDB telah diberikan taklimat mengenai dengan perancangan eksesais, kemudahan Lapangsasar Kota Belud dan Kem Paradise.

Di Tapak Kilo, tetamu kehormat berserta dengan jemputan yang lain telah berkesempatan untuk menyaksikan demonstrasi pemasangan dan tatacara penembakan mariam katak yang dipertunjukkan oleh kedua-dua platun mariam katak.

9 November 2006 - 0700H
Raptai Pembukaan Rasmi Eksesais 'Mertak Bersatu' Siri 7/2006


8 November 2006 - 1400H
Sukan Persahabat (Bola Tampar)

Bagi mengeratkan lagi hubungan persahabat diantara anggota-anggota yang terlibat dengan Eksesais 'Mertak Bersatu' siri 7/2006, satu perlawanan bola tampar persahabatan telah dilangsungkan di antara Pegawai-Pegawai dan anggota Lain-Lain Peringkat.


7 November 2006 - 1000H, Mesyuarat Koordinasi Eksesais Mertak Bersatu Siri 7/2006 - Mesyuarat koordinasi Eksesais Mertak Bersatu Siri 7/2006 dipengerusikan oleh Pegawai Pemerintah 3 Rejimen Askar Melayu, Leftenan Kolonel Ahmad Sham bin Haji Baharin yang juga sebagai Pengarah Latihan Eksesais Mertak Bersatu siri 7/2000 dan Mejar Jafar Ali bin Haji Othman Ketua Kontinjen Tentera Darat Diraja Brunei. Mesyuarat ini diadakan untuk mengkoordinasikan perancangan bagi majlis pembukaan dan seterusnya latihan menembak diantara kedua belah pihak yang juga melibatkan Pegawai-Pegawai dari Tentera Udara Diraja Brunei dan Pegawai-Pegawai Mortar yang ditempatkan di Sarawak.



7 November 2006 - 0900H, Taklimat Khas bagi Eksesais Mertak Bersatu Siri 7/2006 - Satu taklimat pengenalan khas bagi Eksesais Mertak Bersatu Siri 7/2006 telah berlangsung di Bilik Gerakan Pejabat Tadbir, Unit Lapangsasar, Kem Paradise yang diberikan oleh Pegawai Pemerintah Unit Lapangsasar, Mejar Firdaus Regon bin Abdullah. Taklimat ini juga dihadiri oleh Pengarah Latihan Eksesais Mertak Bersatu Siri 7/2006 iaitu Leftenan Kolonel Ahmad Sham bin Haji Baharin dan Ketua Kontinjen dari Tentera Darat Diraja Brunei.


7 November 2006 - 0600H, Latihan Jasmani Pagi, Kem Paradise, Kota Belud - Latihan Jasmani pagi berkumpulan yang diketuai sendiri oleh Ketua Kontinjen yang disertai oleh kesemua pegawai-pegawai dan anggota-anggota dimulakan dengan perbarisan pagi. Larian pagi bermula dan berakhir dihadapan balai Pengawal Kem Paradise.

6 November 2006 - 0600H, Perkhemahan Bangar, Temburong menuju Kota Belud, Sabah - Pergerakan dari Perkhemahan Bangar, Temburong bermula dengan acara perbarisan pagi dan Doa Selamat menuju ke Kota Belud, Sabah melalui jalan darat. Didalam perjalanan, pergerakan kontinjen telah melalui Pos Kawalan Imigeresen Labu, Mengkalap, Daerah Lawas, Sarawak dan Pos Kawalan Imigeresen Merapok. Perjalanan secara berkumpulan merentasi beberapa daerah seperti Daerah Lawas dan Merapok, Wilayah Sarawak, Daerah Sendumin, Sipitang, Beaufort, Papar, Kota Kinabalu dan Kota Belud, Wilayah Sabah. Pergerakan ini mengambil masa lebih kurang 10 jam menuju ke Kem Paradise, Kota Belud yang menempatkan sebuah lapangsasar khas bagi penembakan Mortar Eksesais Mertak Bersatu diantara Tentera Darat Malaysia dan Tentera Darat Diraja Brunei. Unit Lapangsasar Kota Belud, Sabah diperintah oleh Mejar Firdaus Regon bin Abdullah. Manakala, Unit ini dibawah pentadbiran Rejimen Askar Melayu Diraja, 5 Briged.



5 November 2006 - 1754H, Pengkalan Tentera Laut Muara Menuju Perkhemahan Bangar, Temburong - Sebelum bertolak dari Muara, semua anggota mendengar taklimat keselamatan semasa berada didalam kapal pendarat Tentera Laut Diraja Brunei (KDB TERABAN L34) menuju Perkhemahan, Bangar Temburong. Sejumlah 26 buah kenderaan tentera telah digunakan seperti Mitsubishi Double-Cab, Jenis Iveco 1* tonnes Truck, 4* tonnes Handalan II, Land Rover FFR, Mini Bus dan Recovery Truck.



5 November 2006 - 1639H, Bergerak dari Berakas Garison menuju ke Pangkalan Tentera Laut Muara - Kumpulan Kedua bergerak dari Padang Kawad Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei, Muara. Manakala, Kumpulan Pertama telah bertolak lebih awal pada sebelah pagi. Pergerakan ini di ketuai oleh Ketua Kontinjen Eksesais Mertak Bersatu Siri 7/2006 iaitu Mejar Jafar Ali bin Haji Othman.