BISAM 7/2001
KATA-KATA
ALUAN
PEMERINTAH ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI



English version
I’m pleased and grateful to Allah the Almighty
for enabling this 7th
Brunei International Skill At Arms Meeting to happen. On this
occasion, I would like to welcome all
delegates and contingents from the participating countries.
I wish to
see all participants could
demonstrate their skill and ability to compete,
for better accomplishment. At the same time it will bring together
participants to interact with one another to foster stronger relationship.
I hope that you will have
enjoyable stay in Negara
Brunei Darussalam “A Kingdom of
Unexpected Treasures” and do take the opportunity to visit places of interests in conjunction
with Visit Brunei Year 2001. I wish you
all the very best of luck.
Malay version
Saya
sangat-sangat bergembira dan bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana
dengan izinNya kita dapat mengadakan Perlawanan Kemahiran Menembak Antarabangsa
Brunei bagi kali yang ke tujuh. Dalam masa yang sama, saya sukacita mengucapkan
Selamat Datang kepada semua perwakilan dan peserta dari negara-negara yang
mengambil bahagian.
Saya penuh
berharap semua penembak akan menunjukkan kecekapan dan kemahiran persembahan
yang bermutu tinggi dan menggunakan peluang keemasan dalam perlawanan ini bagi
meraikan mutu pencapaian yang lebih baik. Di samping itu, perlawanan kali ini
akan dapat mendekatkan kesemua penembak di rantau ini untuk berinteraksi sesama
sendiri, dan mengujudkan semangat setia kawan dan tali silaturrahim serta
mengukuhkan rasa muhibah di kalangan semua penembak.
Dalam
kesempatan ini, saya juga penuh berharap agar semua peserta dan perwakilan
bergembira semasa berada di Negara Brunei Darussalam, ‘A Kingdom of Unexpected Treasures’ dan
mengambil peluang untuk mengadakan lawatan ke tempat-tempat yang menarik
sempena Tahun Melawat Brunei 2001.
Sekali lagi
saya sukacita mengucapkan selamat bertanding dan selamat berjaya dengan rasa
semangat yang tinggi.
