Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

NO. 1 WING, OPERATIONS GROUP, RBAirF HANDED OUT DONATIONS TO ORPHANS

KAMPONG MERAGANG, Friday 08 January 2021 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) handed out donations from the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Welfare Fund to five orphans from the late families of personnel who had served in 11 Squadron, No. 1 Wing, Operations Group, RBAirF.

The donations were delivered at their residences presented by Lt Col (U) Mohd Amiruddin bin Haji Awg Tuah, the Commanding Officer of No. 1 Wing. Also present were officers and personnel of No. 1 Wing.

The aim of the donation was to reminisce the loyal contribution and good deeds of their departed father while serving in the RBAF and at the same time to raise RBAF personnel attentiveness and compassion towards these orphans. With these donations, it will hope to help the orphans to finance their education expenses and consequently encourage their tenacity to continuously study hard towards achieving their dreams.

The RBAF has always been committed and compassionate in looking after the welfare of the RBAF orphans. This effort is held annually, particularly to brighten up the lives and enhance the daily living standard of the less fortunate.



CAWANGAN NO.1, KUMPULAN GERAKAN, TUDB MENGHULURKAN SUMBANGAN KEPADA ANAK-ANAK YATIM

KAMPONG MERAGANG, Jumaat, 08 Januari 2021 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah menghulurkan sumbangan daripada Tabung Kebajikan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) kepada lima anak yatim dari anggota TUDB yang telah kembali ke Rahmatullah dan pernah berkhidmat di Skuadron 11, Cawangan No. 1, Kumpulan Gerakan, TUDB.

Sumbangan tersebut telah diserahkan di rumah kediaman Allahyarham masing-masing yang diserahkan oleh Lt Kol (U) Mohd Amiruddin bin Haji Awg Tuah, Pegawai Pemerintah Cawangan No. 1. Turut hadir ialah pegawai-pegawai dan anggota dari Cawangan No. 1.

Sumbangan ini bertujuan untuk mengenang jasa bakti yang telah disumbangkan oleh ayah mereka yang telah meninggal dunia semasa berkhidmat dengan ABDB dan bagi meningkatkan sikap keperihatinan dan pemedulian warga ABDB terhadap anak-anak yatim. Dengan sumbangan ini, diharapkan akan dapat membantu dalam pembiayaian perbelanjaan persekolahan dan seterusnya menyuntik semangat mereka untuk terus belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita yang diimpikan.

ABDB sentiasa mempunyai komitmen dan sikap pemedulian yang berterusan untuk memantau kegiatan amal kebajikan terhadap anak-anak yatim ABDB. Usaha ini sentiasa diteruskan setiap tahun bagi menceriakan dan meningkatkan lagi semangat kehidupan seharian mereka yang kurang bernasib baik.