Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

DRONE AND DRONE JAMMER HANDOVER CEREMONY TO NO. 2 WING, OPERATION GROUP ROYAL BRUNEI AIR FORCE

238 SQUADRON HANGAR BERAKAS GARRISON, Wednesday, 6 January 2021 - Joint Force Headquarters (JFHQ) has officially handed over its Drone and Drone Jammer assets to Squadron 233 (Air Defence), No. 2 Wing, Operation Group, Royal Brunei Air Force (RBAirF). This will add value in terms of knowledge and skillset specifically to Air Defence personnel as well as expanding the scope of roles of the Air Defence unit.

Present as Guest of Honour is 556 Lt Col (U) Awg Suhaimi bin Awg Jamali, Commanding Officer of No. 2 Wing. A total of 30 personnel were present to witness the ceremony which consisted of officers and other ranks from both No. 2 Wing and JFHQ.

The ceremony began with the recitation of Surah Al-Fatihah by 18834 Cpl (U) Muhd Amirul Aizat bin Abd Latif and followed by a short video showing the exercises and joint operations between JFHQ with 233 Squadron. 233 Squadron has assisted JFHQ in conducting operational tasking since 9th July 2020 during the Eid Aidiladha celebration at the Jame' Asr Hassanil Bolkiah Mosque.

The ceremony continued with a short static display session as well as the signing of handover parchment by 998 Major (U) Muhammad Adib bin Muhammad Abidin, Staff Officer Grade 2 J3 Air as representative from JFHQ and 879 Major (U) Pg Mohd Ajijol Nijam bin Pg Omar, Officer Commanding 233 Squadron as representative from RBAirF and ended with an aerial photo session using Drone.


UPACARA PENYERAHAN ASET DRON DAN PENCEGAH DRON KE CAWANGAN NO. 2, KUMPULAN GERAKAN, TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI

HANGAR SKUADRON 238 BERAKAS GARISON, Rabu, 6 Januari 2021 -  Markas Angkatan Bersama (MAB) secara rasminya telah menyerahkan aset-aset Dron dan Pencegah Dron kepada Skuadron 233 (Pertahanan Udara), Cawangan No. 2, Kumpulan Gerakan, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB). Penyerahan aset-aset tersebut akan memberikan nilai tambah dalam aspek ilmu pengetahuan dan kemahiran khusus  bagi anggota-anggota Pertahanan Udara sekaligus memperluaskan lagi skop peranan dan tugas unit Pertahanan Udara.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah 556 Lt Kol (U) Awg Suhaimi bin Awg Jamali, Pegawai Pemerintah Cawangan No 2. Turut hadir ialah pegawai-pegawai dan anggota-anggota daripada Cawangan No. 2 dan MAB seramai 30 anggota.

Upacara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh 18834 Kpl (U) Muhd Amirul Aizat bin Abd Latif dan seterusnya menyaksikan tayangan video yang memperlihatkan beberapa siri latihan dan operasi gabungan di antara MAB dan Skuadron 233. Skuadron 233 telah membuat tugas gerakan membantu MAB bermula pada 9 Julai 2020 semasa Sambutan Hari Raya Aidiladha di Masjid Jame' Asr Hassanil Bolkiah.

Upacara diteruskan dengan sesi pertunjukan statik kepada para jemputan dan diteruskan dengan penandatanganan lembaran penyerahan aset oleh 998 Mejar (U) Muhammad Adib bin Muhammad Abidin, Timbalan Pegawai Turus J3 Udara bagi pihak MAB dan 879 Mejar (U) Pg Mohd Ajijol Nijam bin Pg Omar, Pegawai Memerintah Skuadron 233 bagi pihak TUDB. Acara diakhiri dengan sesi bergambar ramai dengan menggunakan Dron.