Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

NEW RBAIRF RECRUITS OF INTAKE 166 MUZAKARAH SESSION WITH THE COMMANDER OF RBAIRF

RIMBA AIR FORCE BASE, Monday, 28 December 2020 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) held a Muzakarah session between 40 new RBAirF recruits of Intake 166 with Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Commander of RBAirF at Bilik Alap-alap, RBAirF Headquarters.

RBAirF Commander welcoming the new recruits to RBAirF and delivered a unifying message of the acronym S.E.P.A.D.U from Commander of Royal Brunei Armed Forces (RBAF) particularly the importance of discipline as a military personnel. Moreover, the Commander of RBAirF emphasizes on the importance of the RBAirF Core Values to be practiced and be a guideline as a military personnel.

To conclude the session, the Commander of RBAirF gave the opportunity to the new recruits to raise any issues or concern. It is hope that the muzakarah session could motivate these new recruits to maintain a good discipline, and embark on their new journey in providing their utmost service to RBAF in protecting our nation's sovereignty.

The new intake is undergoing their six weeks Induction programme week starting from 7 December 2020 until 22 January 2021.

 

SESI MUZAKARAH ANGGOTA BARU DARI PENGAMBILAN REKRUT KE -166 BERSAMA PEMERINTAH TUDB

PANGKALAN UDARA RIMBA, Isnin, 28 Disember 2020 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Sesi Muzakarah 40 anggota baru dari Pengambilan Rekrut ke 166 bersama Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah TUDB yang bertempat di Bilik Alap-alap, Markas TUDB.

Pemerintah TUDB mengalu-alukan anggota baru ke TUDB dan menyampaikan pesanan daripada Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) tentang akronim S.E.P.A.D.U terutama sekali kepentingan disiplin sebagai anggota tentera. Disamping itu, Pemerintah TUDB menekankan kepentingan Nilai-nilai Teras TUDB untuk dipraktikkan dan dijadikan panduan sebagai anggota tentera.

Bagi mengakhiri sesi tersebut, Pemerintah TUDB memberi kesempatan kepada anggota baru untuk menyuarakan masalah ataupun persoalan mengenai kerjaya mereka. Dengan adanya sesi muzakarah tersebut diharapkan dapat memberikan motivasi kepada anggota baru bagi mengekalkan disiplin yang baik dalam memulakan kerjaya dengan memberikan khidmat yang baik terhadap ABDB bagi mempertahankan kedaulatan negara.