Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MESS DINNER NIGHT TO COMMEMORATE THE FORMER ROYAL BRUNEI AIRFORCE SERGEANT MAJOR

TUTONG CAMP, FRIDAY, 6 November 2020- A mess dinner night was held at the Warrant Officers’, Ssgts’ and Sgts’ Mess at 2nd Battalion Tutong Camp, to commemorate the service of the former Sergeant Major of Royal Brunei Airforce.
 
The Guest of honour was Warrant Officer 1 (U) Muhd Syahiran bin Haji Abu Bakar, to celebrate his 6 years of service as the former Royal Brunei Airforce Sergeant Major before holding the post as Royal Brunei Armed Forces Sergeant Major.
 
Upon arrival, Warrant Officer 1 (U) Muhd Syahiran bin Haji Abu Bakar and wife was greeted by Warrant Officer 1 (U) Suridi bin Haji Ibrahim, the Royal Brunei Airforce Sergeant Major and Warrant Officer 2 (U) Suziman bin Sabli, the chairman of the event.
 
About 175 personnel consisting of Group Regimental Sergeant Majors, Drill Sergeant Majors, Base Sergeant Major, RBAirF President of the Mess Committee, Group Presidents of the Mess Committee, Warrant Officers, Senior Non-Commissioned Officers with their spouses and two special guests from the Republic of Singapore Airforce.
 
The event commenced with a group photo and the recitation of surah Al-Fatihah before the dinner was served. The ceremony then continued with a speech by the RBAirF Sergeant Major and a presentation of a memento to the Guest of Honour and wife. The celebrant was then invited to deliver a return speech.
 
The Mess Dinner concluded with a closing doa and the signing of parchment by the Guest of Honour.





MAJLIS MAKAN MALAM BERADAT JASAMU DIKENANG BAGI YANG MULIA MANTAN SARJAN MEJAR TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI.

TUTONG KEM, Jumaat, 6 November 2020. Majlis Makan Malam Beradat telah diadakan di Mes PW, SSjn dan Sjn Batalion Kedua Tutong Kem bagi Mantan Sarjan Mejar Tentera Udara Diraja Brunei.

Hadir di majlis sebagai Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Pegawai Waran 1 (U) Muhd Syahiran bin Haji Abu Bakar. Majlis diungkayahkan bagi meraikan 6 tahun perkhidmatan dan mengenang jasa beliau sebagai Sarjan Mejar Tentera Udara Diraja Brunei sebelum memegang jawatan menjadi Sarjan Mejar Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Ketibaan Yang Mulia Pegawai Waran 1 (U) Muhd Syahiran bin Haji Abu Bakar dan isteri di Mes PW, SSjn dan Sjn Batalion Kedua Tutong Kem, telah disambut oleh Yang Mulia Pegawai Waran 1 (U) Suridi bin Haji Ibrahim, Sarjan Mejar Tentera Udara Diraja Brunei, dan Pengerusi Majlis Pegawai Waran 2 (U) Suziman bin Sabli.

Seramai 175 anggota telah hadir pada majlis tersebut yang terdiri dari Sarjan Mejar-Sarjan Mejar Rejimen Kumpulan, Sarjan Mejar Kawad Kumpulan, Sarjan Mejar Pangkalan, yg Dipertua Mes TUDB, Dipertua Mes Kumpulan, PTB-PTB Kanan TUDB serta isteri dan dua anggota dari Tentera Udara Republik Singapura sebagai tetamu khas.

Majlis dimulakan dengan sesi bergambar ramai dan diteruskan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan jamuan makan. Majlis diikuti dengan ucapan daripada Yang Mulia Pegawai Waran 1 (U) Suridi bin Haji Ibrahim dan majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati kepada Tetamu Kehormat dan Isteri. Ini diikuti dengan ucapan balas daripada Tetamu Kehormat. 

Untuk memberkati majlis bacaan doa selamat dibacakan dan majlis diakhiri dengan menandatangani lembaran kenangan