Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

19 RBAirF OFFICERS PROMOTED


BOLKIAH GARISON, Friday, 6 November 2020 - With the consent of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, a total of 112 senior officers and officers of Royal Armed Forces Brunei (RBAF) have been promoted today. This includes 19 RBAirF officers.

The promotion ceremonies took place at two separate venues, at Bolkiah Garrison Officer's Mess for the promotion of RBAF Senior Officers and at Berakas Garrison Officer's Mess for the promotion of RBAF Officers with the rank of Major below. Presenting the new insignias at both promotion ceremonies was Major General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Commander of RBAF.

Present at the Bolkiah Garrison Officer's Mess was Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Second Minister of Defence.

Also present at both promotion ceremonies were Permanent Secretary; Ministry of Defence, Services Commanders, Deputy Permanent Secretaries, Directors, Commandants, senior officers and officers of the Ministry of Defence and RBAF as well as families of those promoted.




19 PEGAWAI TUDB DINAIKKAN PANGKAT

BOLKIAH GARISON, Jumaat, 6 November 2020 - Dengan titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, seramai 112 orang pegawai-pegawai Kanan dan pegawai-pegawai Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah diperkenankan untuk dinaikkan pangkat hari ini. Ini termasuk 19 orang Pegawai TUDB.

Majlis kenaikan pangkat telah berlangsung di dua buah tempat yang berasingan iaitu di Mes Pegawai Bolkiah Garison bagi kenaikan pangkat pegawai-pegawai Kanan ABDB manakala di Mes Pegawai Berakas Garison bagi kenaikan pangkat Pegawai-Pegawai ABDB yang berpangkat Mejar ke bawah.

Kenaikan pangkat bagi kedua-kedua majlis ini telah disempurnakan oleh Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat.

Hadir bagi majlis kenaikan pangkat di Mes Pegawai Bolkiah Garison adalah Yang Berhormat Pehin Datu Laila Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri Pertahanan Kedua.

Turut hadir adalah Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Pemerintah-pemerintah Angkatan Tentera, Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap, Pengarah-pengarah, Komandan-komandan, pegawai-pegawai kanan dan pegawai-pegawai Kementerian Pertahanan dan ABDB serta keluarga.