Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

SPECIAL RELIGIOUS TALK IN CONJUNCTION WITH MAULIDUR RASUL 1442H/2020M

RIMBA AIR FORCE BASE, Friday, 30 Oktober 2020 – Ministry of Defence and the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) organised a special religious talk with the theme "Generasi Berilmu, Beramal dan Berakhlak Berlandaskan Sunnah Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam" to commemorate and celebrate the birth of Prophet Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wassalam at Surau Al-Barakah, Rimba Air Force Base.

The ceremony was attended by Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, the Second Minister of Defence.

Also in attendance were Commander of RBAF, Permanent Secretary, Services Commanders, Deputy Permanent Secretaries, senior officers, officers and personnel from the Ministry of Defence and RBAF.

The talk was delivered by Dr Haji Hambali bin Haji Jaili, Director of Centre for the Promotion of Knowledge and Languages Learning, Sultan Sharif Ali Islamic University.





CERAMAH KHAS SEMPENA MAULIDUR RASUL TAHUN 1442H/2020M

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Jumaat, 30 Oktober 2020 – Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah menganjurkan ceramah khas bertema "Generasi Berilmu, Beramal dan Berakhlak Berlandaskan sunnah Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam" sempena sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wassalam di Surau Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara Rimba.

Hadir di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua. 

Turut hadir ialah Pemerintah ABDB, Setiausaha Tetap, Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai serta kakitangan Kementerian Pertahanan dan ABDB.

Ceramah khas berkenaan telah disampaikan oleh Dr Haji Hambali bin Haji Jaili, Pengarah Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Islam Sultan Sharif Ali.