Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

ANNUAL RBAirF FLIGHT SAFETY DAY 2020

AIR MOVEMENT CENTRE (AMC), RIMBA AIR FORCE BASE, Monday 20 July 2020– The Royal Brunei Air Force (RBAirF) held its Annual RBAirF Flight Safety Day at AMC which was officiated by Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Commander of the RBAirF. Present at the event were senior officers, aircrews and engineers from supervisory tiers of the RBAirF. Also, in attendance were guests from external agencies including Republic of Singapore Air Force, His Majesty The Sultan's Flight and 7thFlight Army Air Corps. 

The Flight Safety Day aims to serve as a platform for aircrew and engineers to share flight safety related topic, It also aims to further elevate awareness on flight safety and improve cohesiveness and teamwork in all aspects and tiers within the RBAirF, as well as enhance the momentum of flight safety information amongst the aviation community within Brunei Darussalam.

The theme for this year is 'Agile Flight Safety in a Challenging Environment', the central essence of the three presentations delivered that day. Presentations were delivered by Cpt (U) Muhammad Amin bin Yussof from No 12 Squadron and 73 Squadron, Maj Tom Fineman from 7 Flight Army Air Corps., and Lt Col (U) Schufin bin Haji Brahim, Commanding Officer of No 5 Wing. The Flight Safety Day then ended with the prize presentation for the top three winners of the Flight Safety Poster Competition 2020 and the prize was presented by Commander of the RBAirF.

Due to COVID-19 restrictions, and limited attendees within AMC, the event was live-streamed to various venues within Rimba Air Base.



 




ACARA TAHUNAN HARI KESELAMATAN PENERBANGAN TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI

PUSAT PERGERAKAN UDARA, PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Isnin 20 Julai 2020 – Acara tahunan Hari Keselamatan Penerbangan Tentera Udara Diraja Brunei telah diadakan di Pusat Pergerakan Udara, Pangkalan Tentera Udara Rimba, dan acara tersebut telah dirasmikan oleh Brigadier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei. Turut hadir di acara tersebut adalah pegawai-pegawai kanan, juruterbang dan anggota kejuruteraan dari peringkat penyelia di Tentera Udara Diraja Brunei. Turut dijemput adalah wakil daripada Angkatan Udara Republik Singapura, Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia, dan 7 Flight Army Air Corps.

 

Hari Keselamatan Penerbangan ini bertujuan untuk menjadi landasan bagi juruterbang dan anggota kejuruteraan penerbangan TUDB untuk berkongsi topik-topik yang berkaitan dengan keselamatan penerbangan. Ianya juga diharap dapat meningkatkan kesedaran keselamatan penerbangan dan meningkatkan kesinambungan dan kerjasama di dalam kesemua aspek penerbangan di kalangan anggota TUDB, disamping memperkasa lagi momentum pertukaran maklumat keselamatan di antara komuniti penerbangan di Negara Brunei Darussalam.

 

Tema Hari Keselamatan Penerbangan pada tahun ini adalah 'Agile Flight Safety in a Challenging Environment', yang mana menjadi tumpuan utama bagi ketiga-tiga taklimat yang telah disampaikan pada hari tersebut.  Taklimat telah disampaikan oleh  Kpt (U) Muhammad Amin bin Yussof, Pegawai Memerintah 12 Skuadron dan 73 Skuadron, Mej Tom Fineman dari 7 Flight Army Air Corps., dan Lt Kol (U) Schufin bin Haji Brahim, Pegawai Pemerintah Cawangan No 5. Hari Keselamatan Penerbangan diakhiri dengan penyampaian hadiah bagi pemenang-pemeneng Peraduan Poster Keselamatan Penerbangan 2020 yang disampaikan oleh Pemerintah TUDB. 

 

Dalam usaha mengawal penularan wabak COVID-19, yang mana telah menghadkan jumlah anggota hadir di acara tersebut, pengendalian secara live-streaming telah diungkayahkan ke beberapa tempat di dalam Pangkalan Tentera Udara Rimba.