Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

THANKSGIVING PRAYER CEREMONY IN CONJUNCTION WITH HIS MAJESTY’S 74TH BIRTHDAY

Rimba Air Force Base, Tuesday, 14 July 2020 - In conjunction with the 74th birthday of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, the Royal Brunei Air Force (RBAirF) held a Thanksgiving Prayer ceremony at Surau Al-Barakah in Rimba Air Force Base.

The ceremony first began with a mass Maghrib prayer, followed with a Sunat Hajat prayer. The ceremony ended with the recital of the Thanksgiving prayer, led by Imam Md Hazman bin Hj Mohd Hairol Azme. The event was attended by the most senior officer Colonel (U) Harmadi bin Haji Mamit, the Commander Support Group of RBAirF. Also, in attendance were senior officers, officers and personnel of the RBAirF.

This thanksgiving reflects the nation's gratitude and prayers for the well-being and safety of His Majesty and the country.



MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA HARI KEPUTERAAN KDYMM KE-74 TAHUN

Pangkalan Tentera Udara Rimba, Selasa, 14 Julai 2020 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran di Surau Al-Barakah Pangkalan Tentera Udara Rimba sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-74 tahun.

Majlis tersebut dimulakan dengan Solat Fardhu Maghrib berjemaah, Solat Sunat Hajat dan seterusnya diakhiri dengan Bacaan Doa Kesyukuran yang dipimpin oleh Imam Md Hazman bin Hj Mohd Hairol Azme.  Majlis Doa Kesyukuran sempena Hari Keputeraan KDYMM Ke-74 tahun ini dihadiri  oleh Kolonel (U) Harmadi bin Haji Mamit, Pemerintah Kumpulan Bantu, Tentera Udara Diraja Brunei. Turut hadir ialah Pegawai-Pegawai  Kanan, Pegawai-Pegawai serta Anggota-Anggota Tentera Udara Diraja Brunei.

Majlis Doa Kesyukuran sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan KDYMM Ke-74 tahun ini adalah sebagai tanda menjunjung kasih dan memohon doa bagi kesejahteraan dan keselamatan terhadap raja dan negara.