Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

EXERCISE TERUBOK LAUNCHED

MUARA, Thursday, 9 July 2020 – The Royal Brunei Armed Forces (RBAF) is currently conducting an exercise dubbed “Exercise Terubok” that will run from 9 until 14 July 2020. 

This was launched by Colonel (U) Abdul Rahman bin Haji Durahman, Acting Commander of Royal Brunei Air Force and Chairman of the RBAF Pusat PRIHATIN Steering Committee today.

‘’Exercise Terubok’’ is an online integration exercise for the administrator trainees for Kesejahteraan Tentera App. The Kesejahteraan Tentera App is one of the initiatives of the Sistem Kebajikan Pertahanan (SiKaP) or Defence Welfare System which has been identified as a more systematic and sustainable additional online communication platform. 

The application will allow users in the armed forces to make various complaints or queries directly before being accessed by the administrators for information management prior channeling to respective parties for further action. The Kesejahteraan Tentera App will be the catalyst for the RBAF’s response to quickly resolve any recorded complaints and queries. 

Also present were representatives from Directorate of Personnel, Directorate of Finance and Acquisition, RBAF Units, Judge Advocate General Office, RBAF Religious Department (JAMAAT), RBAF Counselling Centre and participants.

 


EKSESAIS TERUBOK DILANCARKAN

MUARA, Khamis, 9 Julai 2020 – Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) pada masa ini sedang menjalankan latihan yang diberi nama Eksesais Terubok yang akan dikendalikan selama 6 hari mulai 9 sehingga 14 Julai 2020. 

Eksesais telah dilancarkan oleh Kolonel (U) Abdul Rahman bin Haji Durahman, Pemangku Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei selaku Pengerusi Ahli Jawatankuasa Pandu Pusat PRIHATIN ABDB hari ini.

Eksesais Terubok ini merupakan latihan integrasi dalam talian bagi pelatih pentadbir-pentadbir Aplikasi Kesejahteraan Tentera. Aplikasi Kesejahteraan Tentera adalah salah satu inisiatif Sistem Kebajikan Pertahanan (SiKaP) yang telah dikenalpasti sebagai platform komunikasi tambahan dalam talian yang lebih sistematik dan mampan. 

Aplikasi ini akan membolehkan pengguna di kalangan anggota-anggota tentera untuk membuat pelbagai aduan ataupun pertanyaan secara langsung sebelum diakses oleh pentadbir-pentadbir bagi pengurusan maklumat sebelum pihak masing-masing mengambil tindakan selanjutnya. Aplikasi Kesejahteraan Tentera akan menjadi pemangkin kepada tindak balas ABDB untuk menyelesaikan segala aduan dan pertanyaan yang direkodkan dengan lebih pantas.

Turut hadir adalah dari pewakilan daripada Jabatanarah Keanggotaan, Jabatanarah Kewangan dan Perolehan, Unit-Unit Angkatan Tentera, Unit Perundangan Tentera, Jabatan Agama ABDB (JAMAAT), Pusat Kaunseling ABDB dan peserta-peserta latihan.