Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

RBAirF CELEBRATES ITS 54TH ANNIVERSARY

RIMBA AIR FORCE BASE, Wednesday 24 June 2020 - The Royal Brunei Air Force celebrated its 54th Anniversary today at the Punai Hall. The guest of honour was Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat. Other attendees include the RBAirF Board of Executives, Senior Officers, Officers, Other ranks and civilian personnel. The event started with the recitation of Surah Yasin, tahlil and thanksgiving prayer led by the RBAirF religious teacher. 

The event then commenced with a speech by the guest of honour. In the speech, he touched on the recent achievements by RBAirF and also stressed on the immense value of the contributions by all levels of the RBAirF personnel. Upon the conclusion of the speech, the guest of honour was invited for the cake cutting ceremony.

The event was then followed by the presentation of the outstanding personnel awards. For the officer category, 791 Mej (U) Pg Abdul Aziz bin Pg Dato Hj Abd Wahab was presented with the prestigious award, while the Outstanding Senior NCO award was given to 11898 WO1 (U) Mohammad Hamdris bin Hj Taha. The award for the Outstanding Junior NCO was presented to 52454 Pte (U) Abd Mubin bin Haji Abd Latif and the category for the Outstanding civilian personnel went to TEMD/A/183 Awg Jinnidi bin Awg Hj Mahali.

The event also saw the official launching of the inaugural RBAirF Doctrine book. The guest of honour proceeded to sign the book and presented copies of the doctrine to the RBAirF Senior Officers. The doctrine can be accessed on the official RBAirF website via the link.  The guests and attendees were then treated to a curry lunch and the event concluded with a photo session. 






TUDB MERAIKAN HUT YANG KE-54 TAHUN

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Rabu 24 Jun 2020 – Sambutan Hari Ulang Tahun Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah diadakan pada hari ini 24hb Jun 2020 di Dewan Punai TUDB. Tetamu kehormat adalah Pemerintah TUDB, Yang Mulia Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Hj Sahat. Turut hadir bersama adalah Badan Eksekutif TUDB, Pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai, PTB-PTB kanan dan rendah serta anggota-anggota awam TUDB.

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Yasin, tahlil dan doa kesyukuran yang dikepalai oleh guru agama TUDB. Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Tetamu kehormat yang menyentuh mengenai pencapaian-pencapaian terkini TUDB, beliau juga merakamkan penghargaan kepada seluruh warga TUDB yang membantu organisasi mencapai kejayaan-kejayaan tersebut. Beliau kemudian dijemput untuk menyempurnakan upacara pemotongan kek HUT TUDB ke-54 tahun dan seterusnya diikuti dengan penyampaian anugerah-anugerah cemerlang kepada anggota-anggota tentera dan awam TUDB.

Anugerah Pegawai Cemerlang disandang oleh 791 Mej (U) Pg Abdul Aziz bin Pg Dato Hj Abd Wahab, manakala Anugerah PTB Kanan cemerlang diberikan kepada 11898 PW1 (U) Mohammad Hamdris bin Hj Taha. Seterusnya anugerah PTB Rendah Cemerlang dimenangi oleh 52454 Sld (U) Abd Mubin bin Haji Abd Latif dan Anugerah yang terakhir yang disampaikan adalah Anggota Awam Cemerlang yang diberikan kepada TEMD/A/183 Awg Jinnidi bin Awg Hj Mahali.

Acara seterusnya adalah Perasmian Buku Doktrin TUDB yang pertama kali diterbitkan. Pemerintah TUDB yang selaku tetamu kehormat menandatangani buku tersebut sebagai perasmiannya. Buku-buku doktrin tersebut juga disampaikan oleh tetamu kehormat kepada Lembaga Eksekutif dan Pegawai-pegawai Kanan TUDB. Acara diteruskan dengan jamuan makan tengah hari dan diakhiri dengan sesi bergambar ramai.