Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

RBAIRF HOLDS 'SENTUHAN KASIH RAMADHAN' FOR ORPHANS

BANDAR SERI BEGAWAN, Tuesday, 19 May 2020 – In this blessed month of Ramadhan, despite the outbreak of the Pandemic of COVID-19, Royal Brunei Air Force (RBAirF) handed out donations to orphans from the families of departed personnel of RBAirF.

Donations will be delivered to the residences of the recipients from 19 May - 22 May 2020. This year, RBAirF is conducting the Annual Ramadhan Charity Event (Sentuhan Kasih) in a slightly different format where Commanding Officers from No.1 Wing to No.4 Wing acted as representatives for Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, the Commander of RBAirF.

Today, the Commander of RBAirF, visited two residences in the Brunei-Muara district to present the donations to the recipients. The remainder of the donations will be presented by the respective Commanding Officers from 20 May 2020 until 22 May 2020. The RBAirF is giving out donations to 15 orphans from 7 families. The aim of this donation is to commemorate their services in RBAirF and ease the burden of the orphans and their expenses for the upcoming month of Syawal.

The donations were raised by the Royal Brunei Armed Forces Welfare Fund, RBAF Surau Fund, the RBAF Cooperative Limited (Kowira), the RBAF Wives Welfare Committee (BAKTI) and BAKTI of RBAirF.


TUDB ADAKAN SENTUHAN KASIH RAMADHAN BAGI ANAK-ANAK YATIM

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 19 MEI 2020 – Sempena bulan Ramadhan yang mulia dan dalam keadaan Negara menghadapi situasi pandemik COVID-19 ini, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) menghulurkan sumbangan kepada anak yatim dari keluarga TUDB yang telah kembali ke Rahmatullah.

Penyerahan sumbangan ini akan diserahakan ke rumah-rumah kediaman setiap penerima bermula pada 19 Mei 2020 hingga 22 Mei 2020. Pada tahun ini, Penyampaian Derma Sentuhan Kasih kepada Anak Yatim TUDB akan dilakukan dengan cara yang berbeza dimana Pegawai-pegawai Pemerintah dari Cawangan No.1 hingga Cawangan No.4 akan menjadi wakil kepada Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Pemerintah TUDB.

Pada hari ini, Pemerintah TUDB telah mengunjungi dua buah kediaman di Daerah Brunei-Muara untuk menyampaikan sumbangan kepada para penerima. Penyerahan selebihnya akan diserahkan oleh wakil kepada Pemerintah TUDB iaitu Pegawai Pemerintah dari Cawangan No.1 hingga Cawangan No.4 bermula 20 Mei 2020 hingga 22 Mei 2020. TUDB telah menghulurkan sumbangan kepada 15 anak yatim dari 7 keluarga bekas anggota TUDB. Tujuan penyerahan sumbangan derma ini ialah untuk meringankan beban perbelanjaan keluarga yang telah ditinggalkan semasa menjelang bulan Syawal nanti.

Sumbangan yang disampaikan merupakan hasil kutipan daripada Tabung Kebajikan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Tabung Surau ABDB, Koperasi ABDB (KOWIRA), Badan Kebajikan Isteri-Isteri ABDB (BAKTI) dan BAKTI Cawangan TUDB.