Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

ROYAL BRUNEI AIR FORCE AND PACIFIC AIR FORCE COORDINATES AIRMEN-TO-AIRMEN TALKS

RIMBA AIR FORCE BASE, Wednesday, 11 March 2020 – Airmen-to-Airmen Talks Planning Conference between Royal Brunei Air Force (RBAirF) and Pacific Air Force (PACAF) was held successfully in Brunei Darussalam on 11 March 2020. The Co-Chairman for RBAirF is Lieutenant Colonel (U) Pengiran Hasrul Ariffin bin Pengiran Haji Rosley, the Chief of Staff, while PACAF was represented by Lieutenant Colonel Geoffrey Bowman, Chief, Southeast Asia Branch, A5I, as the Co-Chairman for PACAF.

The inaugural conference aims to synchronise strategic planning, shape engagement priorities, and increase operational proficiency between RBAirF and PACAF.

The planning conference began with brief opening remarks from both Co-Chairmen. The agenda continued with general overview of the two Air Forces, brief overview on the current RBAirF's bilateral engagements, discussions of potential RBAirF and PACAF engagements, and key action items in order to ensure the success of the Airmen-to-Airmen Talks. The conference concluded with closing remarks from both Co-Chairmen.





MESYUARAT KOORDINASI AIRMEN-TO-AIRMEN TALKS DI ANTARA TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI DAN PACIFIC AIR FORCE (PACAF)

PUSAT PERGERAKAN UDARA, Rabu, 11 Mac 2020 – Mesyuarat Koordinasi Airmen-to-Airmen Talks di antara Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) dan Pacific Air Force (PACAF) telah berjaya dilaksanakan di Brunei Darussalam pada 11 Mac 2020. Pengerusi Bersama daripada TUDB ialah Leftenan Kolonel (U) Pengiran Hasrul Ariffin bin Pengiran Haji Rosley, Ketua Staf, manakala Pengerusi Bersama daripada PACAF ialah Leftenan Kolonel Geoffrey Bowman, Chief, Southeast Asia Branch, A5I.

Mesyuarat ini merupakan koordinasi awal sebelum 1st RBAirF – PACAFAirmen-to Airmen Talks dikendalikan. Objektif mesyuarat ini adalah untuk menyelaraskan perancangan strategik dan membincangkan mengenai penglibatan yang bakal diadakan mengikut keutamaan bagi meningkatkan tahap kemahiran operasi di antara TUDB dan PACAF.

Mesyuarat koordinasi tersebut dimulakan dengan kata-kata aluan ringkas dari kedua-dua Pengerusi Bersama. Agenda diteruskan dengan gambaran ringkas dari pihak TUDB mengenai struktur organisasi dan penglibatan dua hala yang ada pada masa ini dan seterusnya pihak PACAF menerangkan sedikit mengenai struktur Indo-PacificCommand. Mesyuarat seterusnya membincangkan mengenai cadangan penglibatan dan juga beberapa tindakan yang perlu diambil oleh kedua-dua pihak dalam menjayakan mesyuarat yang bakal dikendalikan itu nanti. Mesyuarat tersebut ditutup dengan ucapan penutup daripada kedua-dua pengerusi bersama.