Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

THE RBAirF WELCOMES NEWLY COMMISSIONED OFFICERS FROM INTAKE 18 OCS

RIMBA AIR FORCE BASE, Monday, 10 February 2020 – 13 newly commissioned Royal Brunei Air Force officers started their first day of their induction week today, held at the Royal Brunei Air Force Headquarters. The induction week was graced with welcoming remarks by the acting Deputy Commander of the Royal Brunei Air Force, 347 Colonel (U) Harmadi bin Hj Mamit, for the newly commissioned young officers, in the presence of the Chief of Staff and staff officers of the Royal Brunei Air Force.

The Acting Deputy Commander of Royal Brunei Air Force emphasized on the importance in achieving success by implementing Royal Brunei Air Force’s core values in the new officers’ work routine. Throughout the day, the new batch of officers of intake 18 had briefings on the itinerary of the whole induction week. Initially, the new intake were given a security briefing by 935 Lt (U) Nurul Jannah binti Abdullah, salary and allowances by 13632 WO2 (U) Md Zainur Rizal bin Ahmad and was concluded with the Duty Officer’s tasks and summary dealings by 860 Cpt (U) Muhammad Adif bin Haji Zaman.

The induction week is being held from 10 February till 14 February. The purpose is to provide the new intake of officers with essential information about the Royal Brunei Air Force’s structures, procedures and services and to enable them to settle into the Royal Brunei Air Force military work life.





TUDB MENERIMA PEGAWAI-PEGAWAI YANG BARU DITAULIAHKAN DARI SPK PENGAMBILAN KE-18
 
PANGKALAN TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI, Isnin, 10 Februari 2020 - 13 Pegawai Tentera Udara Diraja Brunei yang baharu ditauliahkan telah memulakan hari pertama minggu induksi mereka yang telah diadakan di Markas Tentera Udara Diraja Brunei. Minggu induksi telah dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Pemangku Timbalan Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei, 347 Kolonel (U) Harmadi bin Hj Mamit, dimana sesi tersebut juga melibatkan Ketua Staf dan Pegawai-pegawai Staf Tentera Udara Diraja Brunei.
 
Pemangku Timbalan Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei menekankan pentingnya mencapai kejayaan dengan melaksanakan nilai-nilai teras Tentera Udara Diraja Brunei didalam rutin kerja dikalangan para-para pegawai. Untuk hari pertama sesi induksi tersebut, para pegawai-pegawai baharu telah menghadiri taklimat yang telah diaturkan oleh Markas Tentera Udara Diraja Brunei. Pegawai-pegawai baharu itu telah diberi taklimat mengenai sekuriti oleh 935 Lt (U) Nurul Jannah binti Abdullah, taklimat gaji dan elaun-elaun khas oleh 13632 PW2 (U) Md Zainur Rizal bin Ahmad, taklimat tugas-tugas pegawai bertugas dan ‘summary dealings’ oleh 860 Kapt (U) Muhammad Adif bin Haji Zaman.
 
Minggu induksi dijalankan dari 10 Februari hingga 14 Februari, dimana ianya bertujuan untuk memberi ilmu kepada pegawai-pegawai baharu mengenai struktur, prosedur dan perkhidmatan Tentera Udara Diraja Brunei agar mereka dapat menyesuaikan diri dengan mudah dalam bidang kerjaya ketenteraan dalam Tentera Udara Diraja Brunei.