Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

COMMANDING OFFICER NO 7 WING OF THE ROYAL BRUNEI AIR FORCE HAND OVER CEREMONY
Rimba Air Force Base, Friday, 10 January 2020 – A handover ceremony to officiate the newly appointed 700 Maj (U) Mohd Khairul bin Pehin Datu Indera Setia Dato Paduka Seri Haji Sulaiman as the No. 7 Commanding Officer of Royal Brunei Air Force (RBAirF), Training Group was held this morning at the Air Movement Centre (AMC), Rimba Air Force Base.

Present to witness the ceremony were the military and civilian personnel of No. 7 Wing. Upon arrival, the outgoing Commanding Officer, 557 Lt Col (U) Mohd Hairy Erwandy bin Hj Raya received an Honorary Salute and later inspected the Guard of Honour which comprised of two contingents from No. 7 Wing personnel, which was commanded by 904 Cpt (U) Mohd Adi Faiz bin Haji Abu Bakar. A Handover-Takeover Certificate was then signed between the outgoing and new Commanding Officer, followed by the recital of Al-Fatihah by Ustaz Said bin Haji Muhd Yusof. The ceremony continued with the first inspection of the Guard of Honour by the new Commanding Officer and followed by a photo session of the outgoing and new No. 7 Wing Commanding Officer with all its personnel.
 
The ceremony was concluded at Punai Hall with the outgoing Commanding Officer giving his final speech for the wing. Lt Col (U) Mohd Hairy Erwandy bin Hj Raya tenure as the No.7 Wing Commander lasted for over 2 years during which the training wing was able to accomplish several achievements. These were highlighted in his speech which included raising the status of in-house courses conducted by the RBAirF, recruiting potential personnel especially in the instructing field that are capable of ensuring the capability of each unit are at a high standard and many more. Two tokens of appreciation, each from the officers and other ranks, were presented to the outgoing Commanding Officer. The ceremony ended with the recital of the Closing Doa marking the finale of this momentous occasion.




 
UPACARA SERAH TERIMA TUGAS PEMERINTAH CAWANGAN NO 7 TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI
 
Pangkalan Tentera Udara Rimba, Jumaat, 10 Januari 2020 – Cawangan No. 7 Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) pada hari ini telah menerima pucuk kepimpinan yang baru. Upacara Serah Terima Tugas Pegawai Pemerintah Cawangan No. 7, Kumpulan Latihan, TUDB yang telah berlangsung adalah diantara Yang Mulia 557 Lt Kol (U) Mohd Hairy Erwandy bin Hj Raya dengan Yang Mulia 700 Mej (U) Mohd Khairul bin Pehin Datu Indera Setia Dato Paduka Seri Haji Sulaiman. Upacara ini telah berlangsung di Pusat Pergerakan Udara (PPU), Pangkalan Tentera Udara, Rimba.
 
Yang hadir menyaksikan upacara tersebut adalah warga tentera dan kakitangan awam Cawangan No. 7. Upacara dimulakan dengan Mantan Pegawai Pemerintah menerima tabik hormat dan diikuti dengan pemeriksaan Kawalan Kehormatan yang terdiri daripada anggota Cawangan No. 7, TUDB yang diketuai oleh 904 Kpt (U) Mohd Adi Faiz bin Haji Abu Bakar sebagai ketua perbarisan. Mantan Pegawai Pemerintah Cawangan No.7 menandatangani Sijil Serah Terima Tugas dengan Pegawai Pemerintah Cawangan No. 7 yang baru dan diikuti dengan pembacaan doa Al-Fatihah yang dikepalai oleh Guru Ugama TUDB Ustaz Said bin Haji Muhd Yusof. Upacara diteruskan dengan Pegawai Pemerintah Cawangan No.7 yang baru memeriksa Kawalan Kehormatan diikuti dengan sesi bergambar ramai bersama anggota Cawangan No. 7, Kumpulan latihan, TUDB.
 
Acara diteruskan di Dewan Punai dengan ucapan daripada Mantan Pegawai Pemerintah. Lt Kol (U) Mohd Hairy Erwandy bin Hj Raya telah memegang jawatan Pegawai Pemerintah Cawangan No. 7 selama lebih 2 tahun dimana Kumpulan Latihan telah mencapai beberapa kejayaan. Antara kejayaan tersebut adalah peningkatan status kursus-kursus serta latihan yang dijalankan secara in-house oleh TUDB sendiri, pengambilan anggota-anggota yang berkebolehan bagi memastikan tahap kemampuan setiap unit adalah di tahap yang sangat baik dan lain-lain lagi. Seterusnya penyampaian dua buah cenderahati daripada pegawai dan lain-lain peringkat Cawangan No. 7 disampaikan kepada Mantan Pegawai Pemerintah. Acara diakhiri dengan dengan Doa Penutup.