Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

COMMANDING OFFICER NO 5 WING OF THE ROYAL BRUNEI AIR FORCE HAND OVER CEREMONY

Rimba Air Force Base, Friday, 20 December 2019 – Today, No. 5 Wing has received a new Commander Officer.  The change in command ceremony for the No 5 Commander  Officer of Royal Brunei Air Force (RBAirF) was between 605 Lt Col (U) Pengiran Hasrul Ariffin bin Pengiran Haji Rosley and newly appointed 541 Lt Col (U) Schufin bin Haji Ibrahim. The ceremony took place in Hangar B at Rimba Air Force Base.

Present at the event were No. 5 Wing military personnel and civilian staff. The ceremony began with the Commander Officer inspecting the Guard of Honour which consisted of No. 5 Wing personnel followed by his final speech for the wing.

The ceremony continued with the signing of the Handover-Takeover Certificate and graced with a doa read by Ustaz Said bin Haji Muhd Yusof. The Commander Officer then received his final salute from the Guard of Honour and the ceremony concluded with the first inspection of the Guard of Honour by the new Wing Commander.

Lt Col (U) Pengiran Hasrul Ariffin bin Pengiran Haji Rosley has held the Commander Officer position for over 3 years. He will be continuing his service at the RBAirF Headquarters, assuming the post as Chief of Staff of the RBAirF.





UPACARA SERAH TERIMA TUGAS PEGAWAI PEMERINTAH CAWANGAN NO 5 TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI
 
Pangkalan Tentera Udara Rimba, Jumaat, 20 Disember 2019 – Cawangan No. 5 Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) pada hari ini telah menerima pucuk kepimpinan yang baru. Upacara Serah Terima Tugas Pegawai Pemerintah Cawangan No. 5, Kumpulan Bantu,TUDB  yang telah berlansgung adalah diantara Yang Mulia 605 Lt Kol (U) Pengiran Hasrul Ariffin bin Pengiran Haji Rosley dengan Yang Mulia 541 Lt Kol (U) Schufin bin Haji  Brahim. Upacara ini telah berlangsung di dalam Hangar B, Pangkalan Tentera Udara Rimba.

Yang hadir menyaksikan upacara tersebut adalah warga tentera dan kakitangan awam Cawangan No. 5. Upacara dimulakan dengan Pegawai Pemerintah Cawangan memeriksa Kawalan Kehormatan yang terdiri daripada anggota Cawangan No. 5, TUDB dan seterusnya menyampaikan ucapan yang terakhir. 

Acara diteruskan dengan penandatangan Sijil Serah Terima Tugas Pemerintah Cawangan No. 5 dan diikuti dengan pembacaan doa khas bagi upacara tersebut yang dibaca oleh Guru Ugama TUDB Ustaz Said bin Haji Muhd Yusof. Mantan Pegawai Pemerintah Cawangan seterusnya menerima kehormatan yang terakhir dan upacara diakhiri dengan Pegawai Pemerintah Cawangan baru memeriksa Kawalan Kehormatan.

Lt Kol (U) Pg Hasrul Ariffin bin Pg Haji Rosley telah memegang jawatan Pegawai Pemerintah Cawangan No. 5 selama lebih 3 tahun. Beliau akan meneruskan perkhidmatan beliau dengan menjawat jawatan di Markas TUDB sebagai Ketua Staf TUDB.