Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

7TH AIR WORKING GROUP BETWEEN ROYAL BRUNEI AIR FORCE AND INDONESIAN AIR FORCE

RIMBA AIR FORCE BASE, Tuesday, 17 December 2019 – 7th Air Working Group (AWG) between Royal Brunei Air Force (RBAirF) and Indonesian Air Force (IDAF) was held successfully in Brunei Darussalam from 16 to 18 December 2019. The meeting was held at the Air Movement Centre, Rimba Base.

The meeting was co-chaired by Lieutenant Colonel (U) Hismawadi bin Haji Mohammad Said, Acting Commander of the Operations Group from RBAirF, and from IDAF, Colonel Danang Setyabudi, Senior Officer for Training Division for operation Assistant Chief of Staff IDAF HQ.

The objective of the meeting was to strengthen and enhance the relations and cooperation between the two Air Forces in the field of personnel exchanges, educational visits and training. Other objectives of the meeting were to discuss the implementation of the bilateral exercise, the BRUNESIA IX Elang Latma which will be conducted by the RBAirF in 2020, review of the AWG Terms of Reference between the two Air Forces and subsequently discuss the way forward of the two Air Forces.

The program during the meeting ended with an official Dinner at The Horizons Seafood Restaurant, Bandar Seri Begawan where the signing of the minutes of the AWG 7/2019 meeting takes place. The next planned AWG meeting is to be held in the Republic of Indonesia in 2021.



MESYUARAT KELOMPOK KERJA UDARA KALI KE-7 DI ANTARA TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI DAN TENTARA NASIONAL INDONESIA ANGKATAN UDARA

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Selasa, 17 Disember 2019 – Mesyuarat Kelompok Kerja Udara (KKU) antara Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) dan Tentara Nasional Indonesia Angkatan Udara (TNI AU) kali ke-7 telah berjaya dilaksanakan di Brunei Darussalam pada 16 hingga 18 Disember 2019 bertempat di Pusat Pergerakan Udara, Pangkalan Tentera Udara, Rimba dan

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan bersama oleh Leftenan Kolonel (U) Hismawadi bin Haji Mohammad Said dari TUDB dan Kolonel Danang Setyabudi dari TNI AU.

Objektif mesyuarat tersebut adalah bagi mengukuhkan dan meningkatkan hubungan serta kerjasama antara kedua buah Tentera Udara di bidang pertukaran anggota, lawatan pendidikan dan latihan. Antara objektif lain mesyuarat tersebut juga adalah bagi membincangkan mengenai perlaksanaan latihan bersama, Latma Elang BRUNESIA IX yang akan dikendalikan oleh TUDB pada tahun 2020, penyemakan Terma Rujukan KKU antara kedua Angkatan Udara dan seterusnya membincangkan halatuju kedua Tentera Udara.

Program sepanjang mesyuarat tersebut diakhiri dengan Majlis Makan Malam Akrab bertempat di The Horizons Seafood Restaurant, Bandar Seri Begawan yang menyaksikan penandatanganan minit mesyuarat KKU 7/2019. KKU seterusnya dirancang untuk diadakan di Republik Indonesia pada tahun 2021.