Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

WORKING VISIT BY DEFENCE ATTACHE/ADVISER TO ROYAL BRUNEI AIR FORCE

AIR MOVEMENT CENTRE, Thursday, 05 December 2019 – As part of this years’ Defence Attaches/ Advisers Conference 2019 (DA Conference 2019), a working visit was hosted by the Royal Brunei Air Force (RBAirF). Present to welcome the guests were the Acting Commander of the RBAirF, Col (U) Abdul Rahman bin Hj Durahman, Acting Group Commanders and Staff Officers of the RBAirF Headquarters.

The entourage, consisting of Royal Brunei Armed Forces’ Defence Attachés to Foreign Countries and Defence Attaché/Advisers to Brunei Darussalam were briefed by a presentation from Lt Col (U) Hasnul Alwe Haji Matassan, Staff Officer Grade 1 Capability Development Cell on a brief history and way forward of the Royal Brunei Air Force. Also included in the presentation were information on RBAirF Defence Diplomacy, exchanges of visit procedures, arrival and departure for aircrafts as well as training matters.  The session was then continued with a quorum chaired by the Acting Commander of the RBAirF. He also highlighted the importance of the DAs’ roles in mediating discussions between the Air Forces. The event was then concluded with an official lunch and signing of the visitors’ book.

The DA Conference is an annual event hosted by the Directorate of Intelligence, where DAs convene to undergo a series of programs, the highlight being the DA Seminar.

 




LAWATAN KERJA PENASIHAT/ATASE PERTAHANAN KE TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI

PUSAT PERGERAKAN UDARA, Khamis, 05 Disember 2019 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah menerima lawatan kerja daripada Atase/Penasihat Pertahanan sebagai salah satu program bagi Persidangan Atase/Penasihat Pertahanan 2019. Hadir untuk menerima mereka adalah Pemangku Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei, Kol (U) Abdul Rahman bin Haji Durahman, Pemangku Pemerintah-pemerintah Kumpulan dan Pegawai-pegawai Staf Markas TUDB.

Rombongan yang terdiri daripada Atase Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei ke luar negara dan jua Atase dan Penasihat Pertahanan Luar Negara yang menetap Di Brunei Darussalam telah diberikan taklimat mengenai sejarah dan perancangan masa hadapan Tentera Udara Diraja Brunei oleh Lt Kol (U) Hasnul Alwe Haji Matassan, Pegawai Turus Sel Perkembangan dan Keupayaan. Taklimat tersebut juga mendedahkan maklumat mengenai diplomasi pertahanan TUDB, prosedur pertukaran lawatan, ketibaan dan perlepasan pesawat dari PGU dan juga hal-hal latihan. Sesi kemudian diteruskan dengan korum yang dipengerusi kan oleh Pemangku Pemerintah TUDB. Beliau juga menyatakan kepentingan peranan Penasihat dan Atase Pertahanan dalam menjadi perantara perbincangan diantara Tentera-Tentera Udara. Lawatan diakhiri dengan Makan Tengahari Rasmi dan menandatangani buku pelawat.

Mesyuarat DA ini adalah acara tahunan yang dikendalikan oleh Jabatanarah Perisikan, dimana Penasihat dan Atase Pertahanan menjalani beberapa siri program dan acara kemuncak adalah Seminar Penasihat dan Atase Pertahanan.