Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

COMMANDER RBAirF CONDUCTS INTRO CALL TO THE PHILIPPINE AIR FORCE

MANILA, Republic of the Philippines, Friday, 29 November 2019 – Brigadier General Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Commander of the Royal Brunei Air Force and delegation conducted an Introductory Visit to Philippines Air Force from 27 to 29 November 2019 in Manila, Republic of the Philippines.

The Introductory visit was organized by the Philippines Air Force and it started off with the arrival honours by the Philippines Air Force followed by the Wreath-laying ceremony at the Monument of Fallen Airmen at Colonel Jesus Vilamor Air Base. The Commander of Royal Brunei Air Force also received an honorary award of Gold Wings from the Philippines Air Force. He then had courtesy calls to Lt. Gen Rozzano D. Briquez, The Commanding General of Philippines Air Force, General. Noel G Celement, The Chief of Staff, Armed Forces of the Philippines and The Honourable Secretary Delfin Lorenzana, Secretary of National Defence. This visit is important as it contributes to the strengthening of the relationship between the two Air Forces which has been forged since diplomatic relations were established in 1984.
 
At the sidelines of the visit, the Commander of Royal Brunei Air Force and delegation were also brought to visit the historical Corregidor Island using the Bell 412 and visited the 5th Fighter Wing, Basa Air Base, Floridablanca in Pampanga for the Windshield Tour around the base to take a closer look at the FA-50 Fighter Jet and its training facilities. The visit was concluded with a hosted dinner by the Commanding General of the Philippines Air Force as well as exchange of mementos.

 

PEMERINTAH TUDB MEMBUAT LAWATAN PENGENALAN KE ANGKATAN TENTERA UDARA FILIPINA
 
MANILA, Republik Filipina, Jumaat, 29 November 2019 - Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei dan delegasi menghadiri Lawatan Pengenalan ke Tentera Udara Republik Filipina yang diadakan pada 27 hingga 29 November 2019 di Manila, Filipina.
 
Lawatan pengenalan ini dianjurkan oleh Tentera Udara Republik Filipina dan bermula dengan menerima tabik hormat daripada Kawalan Kehormat Tentera Udara Republik Filpina dan seterusnya diikuti dengan upacara Wreath-Laying di Monumen of Fallen Airmen bagi memperingati tentera Filipina yang telah terkorban semasa peperangan di Pangkalan Udara Kolonel Jesus Vilamor.
 
Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei juga telah dianugerahkan Sayap Emas Kehormat daripada Panglima Tentera Udara Republik Filipina dan seterusnya membuat kunjungan hormat kepada Lt. Gen Rozzano D. Briquez, Panglima Tentera Udara Filipina, Jeneral. Noel G Celement, Ketua Staf, Angkatan Bersenjata Republik Filipina dan Yang Berhormat Delfin Lorenzana, Setiausaha Pertahanan. Lawatan kerja ini adalah penting dalam menyumbang kepada pengukuhan, perpaduan dan kerjasama di antara kedua-dua Angkatan Tentera Udara sejak terjalinnya hubungan diplomatik pada tahun 1984.
 
Selain dari itu juga, Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei dan delegasi juga dibawa melawat ke tempat bersejarah iaitu Pulau Corregidor dengan menggunakan pesawat Helikopter, Bell 412 dan berpeluang untuk melawat No.5th Fighter Wing, Pangkalan Tentera Udara Basa, Floridablanca di Pampanga dan sekitarnya untuk melihat lebih dekat lagi Pesawat Jet Tempur FA-50 dan kemudahan prasarana latihan. Lawatan ini disempurnakan dengan majlis makan malam yang dianjurkan oleh Panglima Tentera Udara Republik Filipina dan diikuti dengan pertukaran memento.