Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

​THE ROYAL BRUNEI AIR FORCE HOSTS THE DEFENCE SERVICES COMMAND AND STAFF COLLEGE, BANGLADESH.

RIMBA AIR FORCE BASE, 19 November 2019 – The Royal Brunei Air Force hosted the study visit of the Defence Services Command and Staff College, Bangladesh this morning. The delegation is currently on a visit to Negara Brunei Darussalam and has visited several military institutions prior to their arrival at Rimba. They are headed by Captain Mohammed Faizul Hoque (C), psc, BN, a Senior Instructor at the college.

Their arrival to Rimba Air Base was welcomed by the RBAirF Deputy Commander, Col (U) Abdul Rahman bin Hj Durahman, the Board of Executives, Commanding Officers and Staff Officers. The visit started off with a group photo session before commencing with the RBAirF brief delivered by SO1 Capability Development Cell, Lt Col (U) Hasnul Alwe bin Hj Matassan. The RBAirF Deputy Commander later took over for the questions and answers session. A representative from the college closed the session with a few words of appreciation.

The entourage was then treated to some light refreshments before touring the static display set up by several squadrons of the RBAirF. The visit was concluded with a signing of the commemorative parchment.
 



TUDB MENERIMA LAWATAN DARI DEFENCE SERVICES COMMAND AND STAFF COLLEGE, BANGLADESH.
 
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, 19 November 2019 – Tentera Udara Diraja Brunei telah menerima lawatan dari Defence Services Command and Staff College, Bangladesh pagi tadi. Delegasi tersebut adalah dalam rangka lawatan ke Negara Brunei Darussalam dan telah melawat beberapa institusi ketenteraan sebelum hadir ke Pangkalan Rimba. Delegasi diketuai oleh Kepten Mohammed Faizul Hoque (C), psc, BN, salah seorang tenaga pengajar kanan di kolej tersebut.

Ketibaan mereka ke Pangkalan Rimba disambut oleh Timbalan Pemerintah TUDB, Kol (U) Abdul Rahman bin Hj Durahman, Badan Eksekutif, Pegawai-pegawai Pemerintah dan Pegawai Staf Markas TUDB. Lawatan bermula dengan sesi bergambar ramai dan diikuti dengan penyampaian taklimat TUDB daripada Lt Kol (U) Hasnul Alwe bin Hj Matassan, PT1 Sel Perkembangan dan Keupayaan Tentera. Timbalan Pemerintah TUDB kemudian mengambil alih semasa sesi soal jawab. Salah seorang wakil daripada kolej tersebut kemudian mengakhiri sesi tersebut dengan ucapan penghargaan.

Delegasi seterusnya menikmati jamuan ringan dan kemudian dibawa untuk melihat pameran statik yang disediakan oleh beberapa skuadron TUDB. Lawatan berakhir dengan ketua delegasi menanda tangani lembaran kenangan.