Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

KAGAT DELIVERS ASWJ TALK

SURAU AL BARAKAH, RIMBA AIR BASE, Wednesday, 13 November 2019 – In conjunction with the celebration of the Maulidurrasul, the Malaysian Armed Forces Religious Corp (KAGAT) delivered a talk on Ahli Sunnah Wal Jamaah, organized by the RBAF Religious Department (JAMA’AT). The talk was delivered by Lt Col Dr Khairul Fauzi bin Azmi of KAGAT.

Present at the function was Col (U) Abdul Rahman bin Hj Durahman, the RBAirF Deputy Commander, senior officers, officers and RBAirF Personnel. During the session, Lt Col Dr Khairul stressed on the need for Muslims to adhere to the true teachings of Prophet Muhammad S.A.W and not be easily influenced by the deviant materials brought by those who claim divinity or are inspired by allegedly divine voices. Dr Khairul also shared the three important aspects of Islam namely Akidah, Syariáh and Akhlak. He also mentioned some examples of elements that can potentially bring harm and sway Muslims from following the Islam as stipulated in the Quran and Sunnah.

The session ended with a question and answer session and presentation of mementos from the RBAirF Deputy Commander to Lt Col Dr Khairul Fauzi.
 





KAGAT MENYAMPAIKAN CERAMAH ASWJ

SURAU AL BARAKAH, PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Rabu, 13 November 2019 – Sempena Sambutan Maulidurrasul, Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia (KAGAT) telah menyampaikan sebuah ceramah tentang Ahli Sunnah Wal Jamaah yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (JAMA’AT). Ceramah disampaikan oleh Lt Kol Dr Khairul Fauzi bin Azmi daripada KAGAT.

Hadir di acara tersebut adalah Kol (U) Abdul Rahman bin Hj Durahman, Timbalan Pemerintah TUDB, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan PTB-PTB Kanan dan Rendah TUDB. Dalam sesi tersebut, Lt Kol Dr Khairul menekankan kepentingan Umat Islam untuk berpegang teguh kepada ajaran yang dibawakan oleh Nabi Muhammad S.A.W dan tidak mudah terpengaruh dengan ajaran yang dibawakan oleh pembawa fahaman sesat. Beliau juga berkongsi tentang tiga aspek penting dalam Islam iaitu Akidah, Syariáh dan Akhlak, dimana Akidah merupakan asas kepada keteguhan Syari’ah dan Akhlak. Dr Fauzi juga menyatakan beberapa contoh-contoh ajaran atau fahaman yang boleh menyesatkan pegangan Orang Islam daripada mengikuti ajaran berdasarkan Al-Quran dan Sunnah.

 Acara diakhiri dengan sesi soal jawab dan penyampaian cenderahati daripada Timbalan Pemerintah TUDB kepada Lt Kol Dr Khairul Fauzi.