Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

ROYAL BRUNEI AIR FORCE CONCLUDES DIKIR MAULUD 1441H


RIMBA AIR FORCE BASE, Friday 8 November 2019 - The Royal Brunei Air Force (RBAirF) held a ceremony to conclude the Dikir Maulidur Rasul 1441H at Surau Al-Barakah. The Dikir Maulud has been held continuously for 13 nights to commemorate the birth of Prophet Mohammad (PBUH).

Present as the Guest of Honour was the Commander of the Royal Brunei Air Force, Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat. Also present at  the ceremony were RBAirF Senior Officers, Officers and airmen as well as residents of Kampong Rimba.

The ceremony started with the recital of Surah Al-Anbiya verses 105 - 112 by Private (U) Hadi Syazwan bin Sukardi, followed by Maghrib prayers and Dikir Syarafil Anam.  A short tazkirah was given by the Commander of the Royal Brunei Airforce himself, where he reminded the congregants on the importance of remembering the Prophet's Birthday and reflect back on his life. This was then followed by the Isyak prayers, Dikir Marhaban and concluded with a closing doa.


MAJLIS PENUTUP DIKIR MAULUD 1441H DI TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Jumaat 08 November 2019 - Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) mengadakan Majlis Penutup Dikir Maulidur Rasul 1441H di Surau Al-Barakah. Dikir Maulud telah diadakan selama 13 malam berturut-turut untuk memperingati hari keputeraan Nabi Muhammad (SAW).

Hadir sebagai tetamu kehormat ialah Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei, Brigadier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat. Turut hadir ialah Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan anggota-anggota Tentera Udara Diraja Brunei, dan penduduk Kampong Rimba.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Anbiya ayat 105 - 112 yang disampaikan oleh Soldadu (U) Hadi Syazwan bin Sukardi dan diteruskan dengan Solat Fardhu Maghrib berjemaah dan diteruskan dengan Dikir Syarafil Anam dan Tazkirah dari pada Yang Mulia Pemerintah TUDB sendiri, dimana  beliau mengingatkan para Jemaah tentang kepentingan memperingati Kelahiran Rasulullah s.a.w. dan kehidupan Baginda. Ini kemudian diikuti oleh Solat Fardhu Isyak berjemaah dan diakhiri dengan Dikir Marhaban dan doa penutup.